Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah pelarian Rohingya sewajarnya ditangani segera oleh PBB

-

KUALA LUMPUR: Malaysia melahirkan kebimbanga­n terhadap pelarian Rohingya yang berpotensi direkrut sebagai pengganas Daesh jika isu pelarian masyarakat itu tidak ditangani secara serius.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata kementeria­nnya memandang serius perkara ini dan masalah pelarian Rohingya sewajarnya ditangani segera oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum lebih ra- mai lagi pelarian terjebak dengan ideologi Daesh.

“Saya melihat apa yang berlaku di Palestin apabila penduduk di sana dihalau keluar oleh Israel, mereka berada di merata tempat dan mencari jalan untuk

Saya melihat apa yang berlaku di Palestin apabila penduduk di sana dihalau keluar oleh Israel, mereka berada di merata tempat dan mencari jalan untuk melawan dan kembali ke

mereka.” tanah air Mohamad Sabu Menteri Pertahanan

melawan dan kembali ke tanah air mereka.

“Mereka ini (penduduk Palestin) akhirnya pergi kepada ideologi Daesh dan menjadi pengebom berani mati,” katanya pada sidang akbar Simposium Antarabang­sa Counter Terrorism dan Profesiona­l Keselamata­n (IACSP) di sini, semalam.

Mohamad berkata perkara yang sama boleh juga berlaku terhadap masyarakat Rohingya di Rakhine yang mengalami krisis pembersiha­n etnik.

“Saya lihat kebimbanga­n ini ( direkrut menjadi Daesh) boleh berlaku kerana mereka berada dalam keadaan terdesak, di mana mereka boleh terima apa sahaja pandangan termasukla­h propaganda Daesh,” katanya.

Mohamad berharap pihak PBB memainkan peranan secara lebih berkesan supaya mereka dapat kembali ke negara asal mereka.

Mengulas lanjut perkara berkenaan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, E8 Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahka­n wujud elemen keganasan dalam kalangan pelarian Rohingya di negara ini.

Ayob berkata ini kerana terdapat empat kes pelarian Rohingya terlibat Daesh sebelum ini antara 2015 dan 2016.

“Walaupun bilangan mereka terlibat Daesh tidak ramai tapi ini menunjukka­n mereka mudah terpengaru­h dengan propaganda Daesh.

“Kami telah menuduh mereka di mahkamah dan mengusir keempat-empat mereka ke negara asal,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Mohamad Sabu (kanan) membincang­kan sesuatu kepada Ayob Khan semasa imposium Antarabang­sa Counter Terrorism dan Profesiona­l Keselamata­n (IACSP) di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BINCANG: Mohamad Sabu (kanan) membincang­kan sesuatu kepada Ayob Khan semasa imposium Antarabang­sa Counter Terrorism dan Profesiona­l Keselamata­n (IACSP) di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia