Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tumpas geng Rohingya aktif jalankan jenayah samun, pecah rumah

-

SEREMBAN: Polis menahan lima suspek warga Rohingya dipercayai aktif melakukan jenayah samun dan pecah rumah di empat buah negeri termasuk Negeri Sembilan sejak tahun 2013.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata suspek iaitu empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun itu ditahan pada 26 Julai lepas dalam beberapa siri tangkapan Ops Cantas Rohingya di sekitar Ampang dan Seremban.

Katanya, kesemua suspek yang hanya memiliki kad UNHCR itu dipercayai melakukan jenayah itu di sekitar negeri ini, Selangor, Pahang dan Melaka.

“Dalam tangkapan itu, kita turut merampas antaranya satu pucuk pistol tiruan, sebilah parang panjang, wang tunai RM4,302 dan 13 unit pelbagai barangan kemas.

“Mereka dipercayai melakukan jenayah samun dan pecah rumah dengan menyasarka­n rumah- rumah yang tidak berpenghun­i dengan cara mengumpil pintu atau tingkap rumah serta bergerak dengan sebuah kereta yang disewa seramai dua hingga empat orang pada satu masa,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, semalam.

NoorAzambe­rkatapemer­iksaan cap jari kesemua suspek telah dibuat dan didapati mereka terlibat dengan 11 kes pecah rumah dan termasuk satu kes di Linggi, Port Dickson sehari sebelum ditahan.

“Kita masih teruskan operasi khas ini bagi mengesan dua lagi suspek yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpula­n dan bersenjata dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk rumah,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Noor Azam berkata polis turut menahan dua lelaki berusia 25 dan 32 tahun pada 16 Ogos lepas, dipercayai terlibat kes samun dan menyamar sebagai anggota polis.

“Mereka ditahan di sebuah hotel bajet di Taman Semarak, Nilai ekoran satu aduan samun yang berlaku di Seremban pada hari sama.

“Dalam serbuan itu, polis merampas enam buah telefon bimbit, dua dompet berjenama dan wang tunai RM280. Suspek juga didapati terlibat tiga kes samun di Port Dickson dan Seremban pada hari tangkapan dibuat ke atas suspek,” katanya.

Katanya ketika melakukan jenayah itu, suspek didapati menyamar dengan memperkena­lkan diri sebagai polis dan menjadikan warga asing sebagai mangsa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia