Utusan Borneo (Sarawak)

Bayi 4 bulan koma: polis akan rekod keterangan jiran

-

SEREMBAN: Polis akan merekodkan keterangan jiran pengasuh kepada bayi lelaki berusia empat bulan Muhammad Ummar Zayyan Mohamad Haikal Hafiz, yang tidak sedarkan diri ketika dalam jagaan pengasuh tersebut.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata ia bagi membantu polis melengkapk­an siasatan kes dan difahamkan bayi itu masih dalam keadaan koma.

“Setakat ini kita telah rakam keterangan ibu bapa bayi berkenaan manakala pengasuh terbabit masih lagi ditahan reman.

“Kita juga ingin tahu sama ada jiranjiran sebelum ini ada terdengar tangisan bayi berkenaan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, semalam.

Pengasuh wanita berusia 23 tahun itu telah ditahan polis di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban Jumaat lepas dan perintah reman tujuh hari sehingga Jumaat ini telah dikeluarka­n.

Media sebelum ini melaporkan ibu Muhammad Ummar Zayyan, Zura Emilia Mokhtar berkata anaknya yang masih belum sedarkan diri kini sedang dirawat di Pusat Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dekat sini.

Doktor yang merawat mengesahka­n anaknya mengalami pendarahan dalam otak dan mata serta diberi bantuan pernafasan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon ketika melakukan lawatan ke Hospital Tuanku Jaafar berkata pengasuh tersebut tidak mempunyai latihan dan tidak ditauliah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA.

“Setiap pengasuh mesti menerima latihan daripada PERMATA sebelum didaftarka­n bersama JKM. Ini masalah utama, bagi menangani masalah ini saya syorkan senarai pengasuh yang berdaftar dengan JKM dihebahkan.

“Kepada ibu bapa yang ingin mengupah pengasuh, jangan mengambil pengasuh yang tidak mempunyai latihan walaupun murah,” katanya.

Tan berkata pihaknya akan mencadangk­an kepada kementeria­n berkaitan selain daripada latihan PERMATA, pengasuh juga harus melalui beberapa saringan seperti ujian psikologi dan rekod jenayah terlebih dahulu bagi mengelak perkara seperti ini berlaku. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia