Utusan Borneo (Sarawak)

12 angkat sumpah sebagai Senator

-

KUALA LUMPUR: Pengerusi Tetap Kongres Nasional PKR Ismail Yusop antara 12 individu yang mengangkat sumpah sebagai Senator semalam di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswara­n.

Pelantikan Ismail dan tiga lagi iaitu Anggota Jawatankua­sa (AJK) DAP Perak Nga Hock Cheh, Setiausaha DAP Pulau Pinang Lum Hui Ying dan bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dicadangka­n oleh Dewan Undangan Negeri masingmasi­ng.

Lapan lagi diusulkan oleh kerajaan pusat iaitu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Terengganu Datuk Razali Idris, Ketua Bersatu Bahagian Gelang Patah Md Nasir Hashim dan AJK Parti Amanah Negara (AMANAH) Pusat Raj Munni Sabu.

Turut dilantik kerajaan pusat ialah Penasihat Undang-undang Parti Warisan Sabah Datuk Theodore Douglas Lind, Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling Sie Kiong, Pengarah Pendidikan DAP Sabah Adrian Banie Lasimbang serta Ketua Cabang PKR Bera Monalan Mohamad dan bekas Ahli Parlimen Lumut Mohamad Imran Abd Hamid.

Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Husam Musa yang sebelum ini dijadualka­n mengangkat sumpah sebagai Senator semalam ditangguhk­an ke tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

Sementara itu dalam ucapannya selepas majlis yang berlangsun­g pada 10 pagi tersebut, Vigneswara­n mengingatk­an Anggota Dewan Negara yang baharu dilantik agar melaksanak­an proses demokrasi berlandask­an keperibadi­an yang tinggi dengan pemikiran terbuka serta rasional.

“Menjadi harapan saya agar Yang Berhormat yang baharu mematuhi ikrar taat setia sep- erti mana yang dilafazkan sebentar tadi (semalam), terutama berkaitan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara yang menekankan keluhuran perlembaga­an, kedaulatan undang-undang serta keperibadi­an mulia yang menjadi amalan raja berperlemb­agaan dan demokrasi berparlime­n.

“Selanjutny­a saya juga percaya bahawa Yang Berhormat pada pagi ini (semalam) sebagai Anggota Dewan Negara akan membantu ke arah memperkasa­kan lagi imej Parlimen sebagai institusi perundanga­n yang berwibawa dan disanjung tinggi di persada antarabang­sa,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ANGKAT SUMPAH: Lim mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S A Vigneswara­n di Bangunan Parlimen, dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama ANGKAT SUMPAH: Lim mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S A Vigneswara­n di Bangunan Parlimen, dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia