Utusan Borneo (Sarawak)

Caj pengamal am dinaikkan kepada antara RM35 dan RM125

-

PUTRAJAYA: Orang ramai boleh menjangkak­an yuran konsultasi lebih mahal dicaj oleh doktor di klinik swasta tidak lama lagi berikutan caj pengamal am antara RM10 dan RM35 akan dinaikkan kepada antara RM35 dan RM125.

Kenaikan itu dipersetuj­ui pada ‘Sesi Town Hall: Konsultasi Pihak Berkepenti­ngan Bagi Cadangan Semakan Caj Pengamal Am’ yang berlangsun­g di Kementeria­n Kesihatan di sini, semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas menjadi moderator pada sesi itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, semakan caj itu memang sudah tiba masanya berikutan kali terakhir dilaksanak­an pada 2006.

“Lagi rumit penyakit dihidapi seseorang itu, lebih tinggi caj konsultasi akan dikenakan. Harga siling bagi caj konsultasi adalah RM125,” katanya.

Dr Azman berkata, sesi ‘town hall’ atau dialog semalam adalah sesi terakhir sebelum beliau menyerahka­n kertas cadangan semakan caj itu kepada Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

“Menteri Kesihatan kemudian akan menyerahka­n cadangan semakan caj pengamal am itu ke Jabatan Peguam Negara dan, jika semuanya berjalan lancar, ia akan diserahkan kepada Kabinet untuk

Lagi rumit penyakit dihidapi seseorang itu, lebih tinggi caj konsultasi akan dikenakan. Harga siling bagi caj konsultasi adalah RM125. Datuk Dr Azman Abu Bakar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)

disahkan,” katanya.

Dr Azman tidak menolak kemungkina­n caj baharu konsultasi itu akan dilaksanak­an pada awal tahun depan.

Beliau berkata, kementeria­n juga telah mengadakan perbincang­an dengan pelbagai kumpulan berhubung perkara itu.

“Dan, hari ini (semalam), kami menghimpun­kan semua pihak berkepenti­ngan, bukan sahaja doktor yang mengusahak­an klinik sendiri tetapi juga badan bukan kerajaan dan kumpulan pengguna. Ini untuk memastikan semakan caj pengamal am ini dilakukan secara adil,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia