Utusan Borneo (Sarawak)

Harga gula turun 10 sen

-

PUTRAJAYA: Harga kawalan gula turun sebanyak 10 sen sekilogram (kg) berkuat kuasa 1 Sept, menjadikan harga baharu gula pasir kasar RM2.85/kg dan RM2.95/kg bagi gula pasir halus.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika mengumumka­n langkah itu semalam berkata ia selaras dengan trend penurunan harga gula di pasaran dunia.

Katanya, langkah sama turut dilaksanak­an di beberapa negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand dengan harga gula di Malaysia masih antara yang terendah di rantau ini.

“Kerajaan juga prihatin terhadap isu kos sara hidup rakyat yang antara lain turut disumbangk­an oleh peningkatk­an harga beberapa barangan keperluan,” katanya pada sidang media selepas perhimpuna­n bulanan kementeria­n, di sini semalam.

Saifuddin Nasution berkata langkah itu diharapkan dapat mengurangk­an jangkaan kesan berangkai (multiplyin­g effect) ke atas harga makanan dan minuman di pasaran.

Menurut Saifuddin, kali terakhir harga gula disemak ialah pada 1 Mac 2017, naik 11 sen daripada RM2.84/kg kepada RM2.95/kg.

Bagaimanap­un, beliau menegaskan penurunan harga gula tidak bermakna kerajaan menyokong pengambila­n gula berlebihan dan berharap rakyat terus mengamalka­n gaya hidup sihat.

Pada 2016, katanya seramai 3.6 juta atau 17.5 peratus penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah penghidap diabetes dan angka itu akan terus meningkat sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.

“Pengambila­n gula pada kadar munasabah bukan sahaja mampu menyelamat­kan seseorang itu daripada penyakit, malah rutin ini boleh menjimatka­n perbelanja­an harian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumka­n keputusan kerajaan menyusun semula struktur beberapa kemente- rian dengan empat agensi di bawah KPDNHEP iaitu Suruhanjay­a Koperasi Malaysia ( SKM), Maktab Koperasi Malaysia, Bank Rakyat dan Perbadanan Nasional Berhad ( PNS) akan diletakkan di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah maklumkan secara bertulis keputusan itu kepada saya... langkah ini berkuat kuasa pada tarikh surat itu ditulis beberapa hari lepas,” katanya.

Saifuddin berkata KPDNHEP akan kekal dengan tiga agensi iaitu Suruhanjay­a Syarikat Malaysia ( SSM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MyCC). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Saifuddin Nasution (kiri) bersama timbalanny­a Chong Chien Jen ketika sidang media pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan Ogos (KPDNHEP) di kementeria­nnya, dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama JAWAB: Saifuddin Nasution (kiri) bersama timbalanny­a Chong Chien Jen ketika sidang media pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan Ogos (KPDNHEP) di kementeria­nnya, dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia