Utusan Borneo (Sarawak)

Negeri Sembilan catat 2,383 kes HFMD: Exco

-

SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merekodkan 2,383 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dari awal Januari sehingga hari ini, kata Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepengguna­an negeri S. Veerapan.

Beliau berkata jumlah kes itu menunjukka­n peningkata­n sebanyak 278.3 peratus berbanding 630 kes pada tempoh yang sama, tahun lepas.

“Taburan kes HFMD mengikut daerah setakat ini adalah 1,640 kes di daerah Seremban, Port Dickson (197), Jempol (181), Kuala Pilah (121), Rembau (105), Jelebu (79), dan 60 kes di Tampin.

“Pada minggu ke-34 , bilangan kes HFMD dilaporkan di negeri ini adalah sebanyak 96 kes dan tiada taska, prasekolah dan tadika yang masih ditutup dalam minggu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, berdasarka­n analisa semasa mendapati 75 peratus sehingga 82 peratus kes yang dilaporkan menghidap HFMD di negeri ini terdiri daripada kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun.

Veerapan berkata langkahlan­gkah pencegahan perlu sentiasa diamalkan oleh orang ramai khususnya pengusaha dan penjaga kanak-kanak di taska, tadika dan prasekolah bagi mencegah penularan virus ini.

“Sentiasa memastikan kebersihan premis terutama peralatan dan perkakasan yang digunakan oleh kanakkanak selain sentiasa mengamalka­n kebersihan diri termasuk mencuci tangan selepas menguruska­n kanakkanak sebelum mengendali kanak-kanak yang lain,” katanya.

Beliau juga menasihati ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD untuk tidak membawa anak ke tempat-tempat awam, sekolah, taska,tadika dan pusat asuhan kerana boleh menyebakan berlaku jangkitan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia