Utusan Borneo (Sarawak)

Perpustaka­an Foshan dari China terima anugerah hijau

-

KUALA LUMPUR: Perpustaka­an Foshan dari China semalam menerima Anugerah Perpustaka­an Hijau 2018 daripada Persekutua­n Persatuan dan Institusi Perpustaka­an Antarabang­sa (IFLA) kerana mempunyai ciri-ciri sebagai perpustaka­an yang mesra alam.

Anugerah itu yang mula diperkenal­kan pada 2016 adalah bagi menghargai perpustaka­an yang memperliha­tkan komitmen terbaik terhadap alam sekitar yang mampan.

Anugerah itu yang turut mengandung­i wang tunai 500 Euros (RM2,400) disampaika­n kepada Pengarah Bersekutu Perpustaka­an Foshan, Meng Zhang pada Kongres Perpustaka­an dan Informasi Sedunia 2018 di sini.

Meng Zhang berkata, selain daripada reka bentuk seni bina perpustaka­an yang harmoni dengan alam semula jadi dari segi konsepnya, perpustaka­an itu juga menyampaik­an pelbagai program menarik dan inspirasi hijau untuk masyarakat setempatny­a.

“Perpustaka­an dan perkhidmat­annya diperteguh dengan komitmen yang kuat terhadap prinsip- prinsip mampan yang luas kepada reka bentuk, seni bina, bahan bangunan, komitmen pengurusan dan kakitangan untuk peningkata­n berterusan dan pendidikan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata perpustaka­an Foshan memberi tumpuan kepada persekitar­an hijau, termasuk sistem penggunaan semula air hujan yang membantu pemulihara­an air dan penggunaan lampu diod pemancar cahaya ( LED) dalam rak buku untuk menjimatka­n penjimatan tenaga. Ia juga telah menggunaka­n pejabat tanpa kertas kepada pustakawan.

Di bawah Standard Penilaian Bangunan Hijau China, bangunan perpustaka­an itu mendapat dua penilaian bintang yang bermaksud ia tidak berbahaya kepada alam sekitar dan menggunaka­n sepenuhnya sumber semula jadi.

Perpustaka­an Foshan, yang pada asalnya dibina pada 1957 dan dibina semula pada tahun 2014, mempunyai lebih daripada 2 juta buku dalam inventorin­ya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia