Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar pendidikan tahfiz negara akan diteruskan

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meneruskan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ( DPTN) yang diperkenal kerajaan terdahulu dengan melakukan penambahba­ikan dari semasa ke semasa, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Fuziah berkata kerajaan mengambil berat mengenai perkembang­an pendidikan tahfiz bagi melahirkan generasi yang seimbang dari segi ilmu duniawi dan ukhrawi (akhirat).

“DPTN akan dilaksana dengan kerjasama Jabatan Agama Islam di setiap negeri dan dasar ini merupakan usaha penyelaras­an pengurusan pendidikan tahfiz iaitu penghafaza­n al-Quran di Malaysia yang seragam dengan mengambil kira dasar pendidikan kebangsaan dan peraturan sedia ada di negeri,” katanya pada sesi soal jawab lisan di persidanga­n Dewan Negara, semalam.

Buat masa ini, katanya, status DPTN telah diambil maklum oleh Majlis RajaRaja pada Oktober 2017 dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka juga telah meluluskan dasar ini di peringkat DUN manakala negeri lain perlu meluluskan dasar ini di peringkat DUN masingmasi­ng.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang ingin tahu sama ada kerajaan akan menilai semula DPTN bagi meningkatk­an prestasi sekolah tahfiz di seluruh negara.

Fuziah berkata inisiatif penambahba­ikan DPTN itu antara lain akan melibatkan pemantapan undang-undang dan penguatkua­saan dengan melibatkan pengawalan penaziran, memantapka­n kurikulum pendidikan tahfiz agar selaras dengan pendidikan arus perdana dan memperkasa tadbir urus institusi tahfiz.

“Menerusi DPTN, sistem pengiktira­fan dan pensijilan institusi tahfiz juga akan diwujudkan yang mana ketika ini lulusan institusi tahfiz tidak mendapat pengiktira­fan sewajarnya daripada manamana pihak berkuasa.

DPTN akan memberikan penekanan terhadap kewujudan badan pengiktira­fan pendidikan tahfiz secara berpusat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia