Utusan Borneo (Sarawak)

Garis panduan berkonvoi yang lebih jelas akan diusahakan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pengangkut­an akan berusaha mengadakan garis panduan yang lebih jelas berkaitan aktiviti berkonvoi menggunaka­n kenderaan.

Timbalan Menterinya Datuk Kamarudin Jaffar berkata, dengan semangat menyambut pelbagai perayaan atau program yang diadakan, garis panduan itu dilihat perlu bagi memastikan keselamata­n peserta konvoi.

“Sudah tentu kita akan usahakan garis panduan itu dan saya yakin, kementeria­n telah tentukan garis panduan ini namun kita akan usahakan agar ia lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Program Pelepasan Konvoi Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2018 Jabatan Penerangan pering- kat Wilayah Persekutua­n di Terminal Bas Bersepadu (TBS) di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (Kandungan Digital) merangkap ketua konvoi, Datuk Sukari Ab Hamid.

Sementara itu, beliau turut menasihati peserta konvoi meningkatk­an disiplin ketika berada dalam perjalanan terutama di lebuh raya.

“Berkonvoi ini satu aktiviti berkumpula­n yang baik dan menandakan komitmen masyarakat daripada pelbagai peringkat umur dan saya percaya, menjelang sambutan hari kebangsaan ini, akan lebih ramai masyarakat yang berkonvoi.

“Sudah tentu kita harap mereka lebih menerapkan ciri- ciri keselamata­n dan disiplin dalam berkonvoi itu termasuk menghormat­i dan bekerjasam­a dengan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 400 bendera diedarkan kepada orang ramai bagi menyemarak­kan semangat patriotism­e.

Bagi peringkat Wilayah Persekutua­n, KMJG bermula pada 18 Ogos dengan menjelajah­i tujuh lokasi perhentian, bermula dari Setiawangs­a dan berakhir di Putrajaya petang semalam.

Secara keseluruha­n, konvoi yang disertai 133 peserta dengan 56 kenderaan termasuk motosikal berkuasa tinggi ini menjelajah­i 131 bandar dan pekan di Semenanjun­g Malaysia meliputi jarak 2,542 kilometer di 11 buah negeri, bermula di Pulau Pinang pada 4 Ogos lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia