Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pengawal peribadi Hishammudd­in diarah lapor diri kepada ATM

-

KUALA LUMPUR: Tiga anggota pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkhidmat sebagai pengiring rapat kepada bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein telah diberi arahan kembali lapor diri ke ATM.

Tanpa mendedahka­n butiran mereka, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata ketika ini kementeria­nnya sedang membuat siasatan berhubung perkara itu.

“Sebarang keputusan terhadap ketiga-tiga mereka berhubung kes ini (pengiring rapat kepada Hishammudd­in) akan ditentukan kami ,” katanya ringkas pada sidang akhbar Simposium Antarabang­sa Counter Terrorism dan Profesiona­l Keselamata­n (IACSP), di sini, semalam.

Kelmarin, Mohamad mengarahka­n kementeria­nnya melakukan siasatan segera berhubung dakwaan tiga anggota pasukan khas ATM masih berkhidmat dengan Hishammudd­in dan tindakan akan dikenakan sekiranya terdapat pelanggara­n peraturan sedia ada.

Pada masa yang sama Hishammudd­in juga dilaporkan bersedia disiasat berhubung dakwaan itu.

Baru-baru ini, portal berita Malaysiaki­ni melaporkan mengenai dua anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan seorang komando masih menjadi pengiring kepada Hishammudd­in, yang tidak lagi memegang portfolio itu berikutan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Mei lepas.

Menurut laporan portal berita itu, dua pegawai PASKAL itu masih dalam perkhidmat­an, yang masingmasi­ng akan tamat perkhidmat­an pada 2020 dan 2021, manakala komando itu didakwa antara individu yang kelihatan dalam gambar yang dimuat naik Hishammudd­in di laman Twitter beliau barubaru ini.

Ketiga- tiga anggota itu juga didakwa masih menerima gaji daripada ATM selain daripada Hishammudd­in sendiri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Muhammad Jailani (dua kiri) dan Lee Hyuk (dua kanan) memukul gong sebagai simbolik perasmian Pembukaan AseanKorea Tourism Capacity Building Workshop 2018 semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Muhammad Jailani (dua kiri) dan Lee Hyuk (dua kanan) memukul gong sebagai simbolik perasmian Pembukaan AseanKorea Tourism Capacity Building Workshop 2018 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia