Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurusan baharu ambil alih sebahagian unit pusat tahfiz Ustaz Kazim

-

SHAH ALAM: Sebahagian unit pusat Tahfiz Al-Quran Darul Barakah milik pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias yang terletak di Manjoi Perak, bakal diambil alih oleh pengurusan baharu bermula 1 Sept ini.

Mohd Kazim yang juga pengasas dan pengetua pusat tahfiz itu berkata, keputusan tersebut diambil berikutan kegagalan pihaknya mendapat bantuan kewangan termasuk daripada kerajaan negeri bagi membiayai kos pengurusan unit tahfiz tersebut.

“Unit itu menempatka­n 100 pelajar yang akan diambil alih pengurusan­nya oleh seorang pemilik Maahad Tahfiz di Perak, saya akan serahkan pengurusan tahfiz itu sepenuhnya kepada pihak berkenaan.

“Sebelum ini memang ada kenyataan daripada kerajaan negeri Perak bahawa mere- ka akan membantu dalam membiayai pusat ini, namun sehingga kini tiada wakil dari kerajaan negeri yang datang ke pusat tahfiz atau bertemu saya berhubung perkara itu,” katanya.

Menurut Mohd Kazim, keputusan itu juga dibuat bagi menampung kos pengurusan dua lagi unit di pusat tahfiz tersebut.

Pada Julai lepas, kerajaan Perak menerusi Pengerusi Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembanguna­n Usahawan negeri Asmuni Awi berkata, pihaknya bersikap terbuka untuk membantu menyelesai­kan masalah yang dihadapi pusat tahfiz tersebut.

Kenyataan Asmuni itu dibuat susulan laporan media berhubung keputusan Mohd Kazim yang berhasrat menjual unit pusat tahfiz berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia