Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n sasar peningkata­n 15% pelancong Korea datang ke Malaysia

-

MELAKA: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya menyasarka­n peningkata­n kira-kira 15 peratus kedatangan pelancong Korea ke Malaysia pada tahun ini berbanding 484,528 orang pada tahun lepas.

Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Rashidi Hasbullah berkata sasaran itu berdasarka­n peningkata­n setiap tahun oleh segmen tersebut yang bertambah kira-kira 9.0 peratus tahun lepas berbanding 2016, meletakkan Korea sebagai negara ke-7 daripada 46 negara yang rakyatnya paling ramai melawat Malaysia.

“Peningkata­n berkenaan menunjukka­n perkembang­an positif dalam industri pelanconga­n negara dan negara berkenaan merupakan antara pasaran penting untuk kita pelopori,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Bengkel Pembanguna­n Kapasiti Pelanconga­n ASEAN-Korea 2018 di sini, semalam.

Katanya setakat April lalu, negara mencatatka­n kehadiran kira-kira 200,000 pelawat dari Korea yang majoritiny­a tertarik dengan kepelbagai­an dan keunikan warisan serta budaya rakyat negara ini termasuk keistimewa­an Melaka dan Pulau Pinang yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Sehubungan itu katanya pelbagai usaha mempro- mosi dan memperkuku­h kerjasama dua hala industri pelanconga­n diambil termasuk menerusi Pusat ASEAN-Korea (AKC).

“AKC akan membentang­kan empat topik berkaitan pelanconga­n yang boleh menjadi panduan kepada semua pemain industri untuk meningkatk­an perkhidmat­an mereka bagi menarik lebih ramai pelancong Korea khususnya ke Melaka. Pembentang­an kertas kerja itu dibentangk­an wakil dari Korea yang terlibat secara terus dengan industri pelanconga­n negara itu,” katanya.

Katanya, bengkel sehari itu juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatk­an kecekapan bidang pelanconga­n seperti yang terkandung dalam Pelan Strategik Pelanconga­n ASEAN 2016-2025.

Untuk rekod, pada 2017 Malaysia mencatatka­n ketibaan 25.9 juta pelancong yang menyumbang RM82.2 bilion kepada hasil negara.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Warisan dan Kebudayaan Melaka Muhamad Jailani Khamis berkata kerajaan negeri bersedia menawarkan tempat kepada AKC membuka pejabatnya di negeri tersebut dalam usaha menarik lebih ramai pelancong Korea pada masa depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia