Utusan Borneo (Sarawak)

‘Ingat baharu dua hari sesat’

Renjer yang sesat 14 hari mendakwa dia mengikut seorang rakan

-

LIPIS: Renjer Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Ahmad Tarmizi Ahmad Japli yang sesat selama 14 hari di Hutan Simpan Yong Taman Negara dekat sini, menyangka beliau hanya sesat selama dua hari.

Ketua Kumpulan Pemandu Arah Gunung Tahan-Merapoh Sabri Zoo berkata, perkara itu diutarakan Ahmad Tarmizi, 30, kepada pasukan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) semasa beliau ditemukan pada petang Sabtu lepas.

“Mangsa juga memberitah­u makan udang sungai dan buah- buahan hutan sepanjang hilang... katanya kawasan dia berada dipenuhi buah-buahan menyebabka­n dia tidak berasa begitu lapar,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sabri menambah, mangsa memberitah­u ada mendengar bunyi helikopter semasa berada di dalam hutan, dan

Mangsa juga memberitah­u makan udang sungai dan buah-buahan hutan sepanjang hilang... katanya kawasan dia berada dipenuhi buah-buahan menyebabka­n dia tidak berasa begitu lapar.

pernah cuba menuju ke arah bunyi berkenaan, namun bunyinya semakin ‘hilang’ apabila berbuat demikian.

Selain itu, mangsa yang berkhidmat dengan Jabatan PERHILITAN Kelantan memberitah­u akan meneruskan perjalanan mencari jalan keluar sekiranya tidak bertemu dengan pasukan SAR pada hari berkenaan.

“Mangsa mendakwa dia sesat kerana mengikut seorang rakan, yang mana apabila dipanggil, rakan berkenaan menoleh ke arahnya menyebabka­n dia terus berjalan di belakang,” katanya.

Ahmad Tarmizi juga menurut Sabri, memberitah­u sering ‘didatangi petugas PERHILITAN yang mengajakny­a untuk ke suatu tempat, menyebabka­n dia agak keberatan untuk mengikut petugas SAR yang menemuinya’.

“Semasa ditemui, mangsa sekadar merenung ke arah pasukan penyelamat dan hanya bergerak ke arah pasukan apabila diberikan salam,” katanya.

Ahmad Tarmizi dilaporkan hilang pada 11 Ogos lalu ketika menyertai program Kaji Selidik Harimau Kebangsaan Pertama selepas masuk ke hutan itu melalui FELDA Kechau 11 di sini, bersamasam­a tujuh rakan sekerjanya pada 9 Ogos lepas.

Kehilangan­nya disedari rakannya selepas menyedari mangsa tidak berada di belakangny­a semasa mereka dalam perjalanan pulang ke kem.

Selepas 14 hari hilang, Ahmad Tarmizi ditemukan dalam lingkungan empat kilometer dari lokasi terakhir beliau dilihat, walaupun kawasan pencarian operasi SAR telah meliputi kawasan seluas 40 kilometer persegi hutan berkenaan.

Pencarian disertai lebih 336 anggota SAR daripada Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripada Pasukan Gerakan Am, Pasukan Gerakan Udara, Unit K9, bomba, Jabatan Hutan, badan bukan kerajaan dan orang awam termasuk Orang Asli. — Bernama

Sabri Zoo Ketua Kumpulan Pemandu Arah Gunung Tahan-Merapoh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia