Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga sekatan pembalakan di Gua Musang dirobohkan

-

GUA MUSANG: Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan semalam bertindak meroboh tiga sekatan pembalakan yang dibina masyarakat Orang Asli di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Mohd Taufik Maidin berkata, tiga sekatan tersebut, masing-masing di Kampung Depak di Pos Tohoi, Kampung Cawas di Pos Bihai dan Kuala Wok Wok di Pos Pasik.

“Kerja-kerja merobohkan tiga sekatan tersebut bermula pada jam 10 pagi tadi dan berakhir setengah jam kemudian dan telah diberitahu lebih awal kepada penduduk,” katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi tersebut.

Mohd Taufik berkata, operasi merobohkan sekatan yang dibina kira-kira tujuh tahun lepas itu dilakukan oleh 200 kakitangan JPNK dan PTG Kelantan sambil diawasi 234 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. — Bernama

35,000 pengunjung dijangka hadir Matta Fair di Perak

IPOH: Kira- kira 35,000 pengunjung dijangka menghadiri ekspo pelanconga­n Matta Fair 2018 anjuran Persatuan Ejen-ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) Perak di Aeon Big Falim di sini, bermula 7 hingga 9 September ini.

Pengerusi Penganjur Matta Fair 2018 K Sugumaran berkata, ekspo yang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam itu akan mempromosi­kan pakej pelanconga­n Muslim yang menyediaka­n makanan halal serta kemudahan bersolat bagi destinasi percutian di China, Korea, Taiwan, Jepun serta Eropah.

“Matta Fair 2018 juga menawarkan pakej yang berpatutan kepada pelawat bagi cuti persekolah­an hujung tahun, musim perayaan dan sebelum musim sejuk di destinasi seperti Jepun, Korea, China dan Taiwan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, ekspo turut menyediaka­n kenderaan saji yang menjual pelbagai jenis makanan kepada pengunjung.

“Sebanyak 100 gerai pameran dan jualan yang disertai agensi pelanconga­n, pihak hotel dan penyedia perkhidmat­an pelanconga­n disediakan kepada pengunjung dengan menawarkan harga pakej pelanconga­n yang rendah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia