Utusan Borneo (Sarawak)

Balu pembantu operasi terima pampasan insurans

-

SEREMBAN: Seorang balu pembantu operasi yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di persimpang­an Gadong, Kota, Rembau pada 4 Julai 2017 lepas menerima pampasan insurans RM27,000 daripada Kesatuan Pembantu Operasi Perkhidmat­an Awam Semenanjun­g Malaysia (KEPSI) di sini, semalam.

Rahimah Ibrahim, 36, menerima pampasan tersebut daripada Timbalan Pengarah Pendidikan negeri Maznah Abu Bakar pada satu majlis ringkas di Pejabat Pendidikan Daerah Seremban di sini.

Turut hadir ialah Presiden Kepsi M. Ramachandr­an dan Pengerusi KEPSINeger­i Sembilan Mohd Khairul Riza Abu Bakar.

Rahimah ketika ditemui berkata, pemergian arwah suaminya, Allahyarha­m Muhammad Hatta Shaharin, 35, memberi kesan buat diri dan tiga orang anaknya (dua lelaki dan seorang perempuan) yang berusia 4 tahun, 5 tahun dan 10 tahun.

Beliau yang tinggal di Kampung Baru, Tabuh Naning, Alor Gajah, Melaka dan bekerja sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Tampin berkata, wang pampasan itu akan digunakan sebaik mungkin untuk persediaan dan keperluan pendidikan anak-anaknya dan ia dapat mengurangk­an beban yang ditanggung.

Dalam kejadian itu, arwah suaminya yang sedang bertugas menghantar surat dengan menunggang motosikal terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta.

Sementara itu, Maznah menghargai komitmen dan usaha KEPSI dalam memproses dan menyalurka­n pampasan itu.

“Ini dapat membantu waris dan dalam masa sama berharap anggota Pembantu Operasi tidak melupakan kepentinga­n menjadi ahli KEPSI demi kebajikan keluarga pada masa akan datang,” katanya.

Ramachandr­an pula berkata, setakat ini terdapat 37,000 orang Pembantu Operasi di Semenanjun­g Malaysia dan daripada jumlah itu hanya 2,000 orang yang menjadi anggota KEPSI.

“Saya difahamkan punca ramai yang tidak menjadi anggota ialah kerana mereka kurang pendedahan dan tidak tahu faedah yang diperolehi. Oleh itu, kita akan menjelajah seluruh Semenanjun­g untuk menjelaska­n kebaikan dan faedah yang diperolehi apabila menjadi anggota KEPSI. Untuk menjadi anggota KEPSI mereka cuma membayar yuran RM5 sebulan dan daripada yuran itu kita turut mencarum insurans kelompok untuk anggota

“Menjadi anggota itu penting untuk mendapatka­n faedah dan melindungi kebajikan mereka dalam jangka masa panjang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia