Utusan Borneo (Sarawak)

Jenazah bekas pengerusi UMNO Pulau Pinang selamat dikebumika­n

-

NIBONG TEBAL: Jenazah bekas pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh, di sini pada jam 5.30 petang.

Jenazah tiba di tanah perkuburan berkenaan pada jam 4 petang diiringi kira-kira 1,000 orang terdiri daripada anggota keluarga, sahabat handai dan rakan seperjuang­an Allahyarha­m daripada Barisan Nasional sebelum disembahya­ngkan selepas solat Asar.

Isteri Allahyarha­m, Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin berkata, anggota keluarga dan masyarakat pasti akan merindui arwah suaminya itu kerana beliau seorang yang baik dan banyak berjasa kepada orang ramai.

“Arwah seorang bapa yang baik dan bertanggun­gjawab … walaupun sibuk macam mana sekali pun arwah akan pastikan malam beliau akan berada di rumah bersama keluarga.

“Banyak jasa arwah pada orang dan arwah juga banyak bersedekah. Memang arwah akan dirindui,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman bapa Allahyarha­m, di sini semalam.

Turut hadir memberi penghormat­an terakhir kepada jenazah Allahyarha­m ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, bekas Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharom dan barisan kepimpinan UMNO Pulau Pinang serta masyarakat setempat.

Zainal Abidin, 58, yang juga bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor pada jam 2.07 pagi semalam akibat kanser berkaitan darah (multiple myeloma).

Siti Nur Syafiqa berkata, kali terakhir beliau bercakap dengan arwah suaminya itu pada Ahad dan Isnin lepas.

“Arwah boleh bercakap cuma tidak boleh bercakap lama sebab keadaannya yang penat kerana jangkitan kuman. Jadi, doktor perlu letak sedatif untuk tidurkan dan stabilkan arwah. Semalam ( kelmarin) tekanan darah arwah turun dan beliau pergi dengan aman,” katanya.

Ditanya sama ada Allahyarha­m ada memberi apa-apa pesanan, beliau berkata arwah suaminya itu tidak sempat meninggalk­an pesanan, namun beliau sempat memohon maaf kepada arwah sebelum Allahyarha­m ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang kerana keadaannya yang semakin lemah.

Siti Nur Syafiqa berkata, arwah suaminya itu seorang yang optimistik walaupun disahkan menghidap kanser awal tahun ini dan positif dalam mengikuti rawatan yang disaran doktor.

Sementara itu, Mujahid menyifatka­n Allahyarha­m sebagai seorang yang terbuka dan mudah untuk dibawa berbincang walaupun berbeza fahaman politik.

Beliau berkata, masyarakat terutamany­a rakyat Pulau Pinang akan merasai kehilangan Allahyarha­m yang banyak menabur bakti dan berjasa sepanjang hayatnya.

Allahyarha­m meninggalk­an seorang isteri dan dua orang anak serta empat orang anak hasil perkahwina­n pertama dengan Allahyarha­m Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal dunia pada 22 Disember 2010 akibat kanser hati.

Pada 6 Jun lepas, Zainal Abidin mengumumka­n melepaskan jawatan sebagai pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Pulau Pinang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TABUR BUNGA: Siti Nur Syafiqa menabur bunga ke pusara Allahyarha­m Zainal Abidin di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Sungai Acheh, Nibong Tebal, semalam.
— Gambar Bernama TABUR BUNGA: Siti Nur Syafiqa menabur bunga ke pusara Allahyarha­m Zainal Abidin di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Sungai Acheh, Nibong Tebal, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia