Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea, Watford sertai Liverpool dengan kutip sembilan mata maksima dari tiga perlawanan di kelompok teratas liga

-

LONDON, England: Chelsea dan Watford menyertai Liverpool dengan sembilan mata maksima dari tiga perlawanan di kelompok teratas Liga Perdana Inggeris selepas kemenangan dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Tottenham Hotspur boleh menjadi pasukan keempat yang mengekalka­n rekod bersih kemenangan jika menewaskan Manchester United di Old Trafford pada perlawanan lewat.

Chelsea menduduki tangga kedua di belakang Liverpool dengan perbezaan gol selepas menewaskan Newcastle 2- 1 di St James’ Park. Mereka menguasai 80 peratus permainan tetapi hanya menembusi pintu gol lawan pada 20 minit pertama.

Eden Hazard, yang membuat penampilan pertama dalam kesebelasa­n utama musim ini, menyempurn­akan satu tendangan penalti kontrovers­i selepas Fabian Schar dikatakan menjatuhka­n Marcos Alonso dalam kotak penalti.

Gol penyamaan Newcastle juga dikatakan kontrovers­i kerana penyerang Chelsea, Olivier Giroud dikasari sebelum DeAndre Yedlin melakukan hantaran yang disempurna­kan Joselu.

Tetapi ketika berbaki tiga minit permainan, Yedlin tertolak satu hantaran lintang Alonso ke pintu golnya sendiri untuk memberikan kemenangan kepada Chelsea.

“Kami adalah Chelsea dan kami tidak pernah mengalah,” kata Hazard.

Pengurus Chelsea, Maur i z i o S a r - r i , y a n g meneruskan permulaan baik dalam bola sepak Inggeris, berkata beliau t e r k e - jut kerana Newcasberm­ain t l e dengan lima pemain pertahanan, di mana menurut rakan sejawatan- nya, Rafael Benitez, beliau terpaksa menurunkan lima pemain pertahanan kerana kehilangan begitu ramai pemain. Kemenangan Watford bermakna mereka telah memulakan musim dengan tiga kemenangan berturuttu­rut buat kali pertama apabila menewaskan Crystal Palace 2- 1, walaupun kapten pasukan, Troy Deeney merasakan tuah memihak kepada pasukannya. “Kami tidak cukup bagus dari standard sebenar kami tetapi keazaman dan kesungguha­n untuk menang adalah jelas untuk semua orang,” kata beliau. “Kami ada berasa bertuah tetapi ia memberikan kami keyakinan di mana kami boleh bermain dengan hambar dan masih mendapatka­n keputusan.” Pengurus C r y s t a l P a l a c e , R o y Hodg- son, adalah antara mereka yang merasakan pemain Watford, Etienne Capoue seharusnya dibuang padang seawal minit keempat kerana terjahan keras ke atas Wilfried Zaha, sebelum mengumpan gol pembukaan kepada Roberto Pereyra.

“Kami tidak gembira dengan kekasaran itu. Saya melihat ulang tayang insiden itu dan saya boleh berkata kami tidak bernasib baik kerana b e - liau tidak dibuang padang,” katanya.

Jose Holebas menambah gol kedua sebelum Zaha merapatkan kedudukan dan Joel Ward mensiasiak­an peluang terbaik untuk mengikat kedudukan pada minit kecederaan.

Pada perlawanan lain, pendatang baharu liga, Fulham, mengutip kemenangan pertama apabila menewaskan Burnley 4- 2. Lima gol dijaringka­n dalam separuh masa pertama, dua dari penyerang Fulham, Aleksandar Mitrovic sebelum Andre Schurrle menjaringk­an gol lewat. Kekalahan menyebabka­n Burnley, yang menamatkan liga musim lepas di tangga ketujuh, berada dalam zon penyingkir­an, tiga mata di hadapan Huddersfie­ld dan West Ham United. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? CERIA: Hazard (kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol pembukaan pada perlawanan liga menentang Newcastle di St James’ Park, Newcastle-upon-Tyne Ahad lepas.
— Gambar Reuters CERIA: Hazard (kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol pembukaan pada perlawanan liga menentang Newcastle di St James’ Park, Newcastle-upon-Tyne Ahad lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia