Utusan Borneo (Sarawak)

Garcia bangga dengan prestasi memberangs­angkan Watford

-

LONDON, England: Penyokong Watford bergembira sakan selepas melihat pasukan m e r e k a m e n - c i p t a kemen a n - g a n ketiga berturut- turut di awal m u s i m tetapi pengurus kelab, Javi Garcia berkata mereka tidak harus terbawa- bawa dengan prestasi memberangs­angkan di awal musim. Watford mencuri perhatian apabila mengekori jejak Chelsea dan Liverpool yang menang tiga p e r l a w a - nan pertama Liga Perdana Inggeris m u s i m ini. “S a y a b e r a s a s a n g a t b a n g g a menjadi jurulatih Watford. Ia sangat sukar untuk mendapat keputusan dalam Liga Perdana dan untuk menang tiga kali berturuttu­rut adalah sesuatu yang istimewa, sesuatu yang luar biasa,” kata Garcia ketika memberitah­u laman sesawang rasmi kelab.

“Ada banyak laluan untuk diharungi selepas ini tetapi ia penting untuk mempunyai suasana positif dalam pasukan. Semua orang berasa gembira.”

W a t f o r d , y a n g menewaskan Brighton, Burnley dan Crystal Palace setakat ini, akan menanti kunjungan Tottenham Hotspur, yang boleh menjadi pasukan keempat yang mencipta rekod bersih kemenangan jika menewaskan Manchester United pada perlawanan lewat, pada perlawanan Ahad depan. — Reuters MILAN, Itali: Inter Milan, yang dianggap sebagai pencabar kejuaraan Serie A Itali musim ini, semakin ketinggala­n selepas seri 2- 2 dengan Torino Ahad lepas dan ini bermakna skuad kendalian Luciano Spalletti hanya mengutip satu mata dari dua perlawanan pertama.

Juara bertahan, Juventus, menewaskan Lazio 2- 0 dan naib juara, Napoli, menewaskan AC Milan 3- 2 pada perlawanan hari Sabtu untuk mengutip enam mata maksima.

Inter Milan – yang kembali beraksi dalam Liga Juara- Juara selepas menamatkan musim lepas di tangga keempat – tewas mengejut 0- 1 kepada Sassuolo pada perlawanan pertama musim baharu.

Mereka kelihatan mengawal permainan di San Siro dengan penjaring terbanyak musim lepas, Mauro Icardi mengumpan bola kepada Ivan Perisic untuk membuka jaringan seawal minit keenam sebeulm Stefan de Vrij menanduk gol kedua pada minit ke- 32.

Tetapi Inter hilang rentak selepas satu jam permainan dengan Andrea Belotti merapatkan kedudukan selepas kesilapan penjaga gol Samir Handanovic sebelum pemain baharu, Soualiho Metie mengikat kedudukan pada minit ke- 68.

Salvatore Sirigu menafikan gol lewat Perisic untuk membolehka­n Torino turut mengutip mata pertama mereka musim ini selepas tewas 0-1 kepada AS Roma minggu lepas.

Inter kini ketinggala­n lima mata di belakang Juventus dan Napoli sementara Roma, di tangga ketiga, akan memburu kemenangan kedua apabila menentang Atalanta pada perlawanan lewat.

“Ia sukar untuk menjelaska­n bagaimana kami bolos gol itu tetapi realitinya ialah pasukan kini bergelut dengan tekanan,” kata Spalletti.

Sementara itu, SPAL, yang bermain untuk musim kedua dalam Serie A, juga mencuri perhatian apabila mencipta kemenangan kedua dengan menewaskan Parma, pendatang baharu liga, 1- 0.

Gol Mirco Antenucci empat minit selepas rehat memberikan SPAL tiga mata penuh.

Pada perlawanan lain, Genoa menewaskan Empoli 2- 1 pada perlawanan pertama Genoa selepas tragedi runtuhan jambatan yang membunuh 43 orang dua minggu lepas.

Penyokong kelab bertafakur pada minit ke- 43 perlawanan untuk mengenang mangsa yang terkorban, dengan nama mereka disiar- kan menerusi skrin gergasi dengan tepukan penonton pada minit ke- 43.

“Hari ini, dengan berat hati kami bermain tetapi ia tidak menghalang kami untuk bermain dengan baik menentang pasukan yang bermain dengan berdisipli­n,” kata jurulatih Genoa, Davide Ballardini.

Fiorentina membelasah Chievo 6- 0 dengan Giovanni Simeone menjaringk­an gol terakhir tiga minit dalam masa kecederaan di mana ayahnya, yang juga jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, turut hadir menyaksika­n perlawanan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PERMULAAN HAMBAR: Perisic (kanan) diasak hebat oleh pemain Torino ketika bersaing pada perlawanan Serie A Itali di San Siro, Milan kelmarin.
— Gambar AFP PERMULAAN HAMBAR: Perisic (kanan) diasak hebat oleh pemain Torino ketika bersaing pada perlawanan Serie A Itali di San Siro, Milan kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia