Utusan Borneo (Sarawak)

La Liga: Jaringan berganda Benzema kekalkan permulaan sempurna Real

-

MADRID, Sepanyol: Gol dalam separuh masa kedua oleh Karim Benzema membantu Real Madrid menewaskan Girona 4-1 di gelanggang lawan sekali gus mengekalka­n permulaan sempurna pada musim baharu La Liga Sepanyol Ahad lepas.

Sergio Ramos dan Gareth Bale juga menjaringk­an gol untuk skuad kendalian Julen Lopetegui, dengan pasukannya sudah melupakan kekecewaan tewas kepada kelab jiran, Atletico Madrid pada perlawanan Piala Super Sepanyol awal bulan ini.

“Kami cuba memaksa serangan lebih bijak dalam separuh masa pertama dan melakukan terlalu banyak hantar liar,” kata Lopetegui. “Sudah tentu anda bermain dengan lebih baik apabila berjaya membuka jaringan.

“Girona memberikan tekanan kepada kami dalam separuh masa pertama, menyukarka­n permainan kami dan kami menunjukka­n kekuatan mental untuk mengharung­inya.

“Mereka bermain dengan baik dan jika ia berlaku, gol akan menyusul. Apa yang penting ialah kami menjaringk­an gol, bukan siapa yang menjaringk­an gol.”

Selepas gol awal Benzema tidak dibenarkan pengadil kerana ofsaid, Real tersen- tak pada minit ke-17 apabila Borja Garcia membuka jaringan buat Girona.

Real bagaimanap­un berterima kasih kepada penjaga golnya, Keylor Navas kerana beraksi tangkas menepis beberapa cubaan ketika Girona memburu gol kedua.

Tetapi pasukan tuan rumah menerima padah kerana gagal menyempurn­akan banyak peluang apabila Marc Muniesa menjatuhka­n Marco Asensio dalam kotak penalti sebelum rehat.

Ramos tidak mempunyai masalah menyempurn­akan tendangan penalti untuk mengikat kedudukan dan selepas itu, Real menguasai sepenuh permainan.

Benzema melihat dua cubaannya ditepis penjaga gol Girona, Bono selepas rehat tetap beliau gagal menepis satu lagi tendangan penalti apabila Pere Pons sekali lagi menjatuhka­n Asensio.

Ramos membenarka­n Benzema mengambil penalti untuk meletakkan Real di hadapan buat kali pertama.

Dengan Girona bermain secara terbuka untuk mencari gol penyamaan, Bale menjaringk­an gol ketiga dari satu umpanan Isco untuk gol dalam perlawanan liga keenam berturut-tuurt.

Bale kemudian mengumpan bola kepada Benzema untuk melengkapk­an jaringan untuk memastikan Real mengutip enam mata maksima dari dua perlawanan sementara Girona kekal dengan satu mata. — Reuters

 ?? — Gambar Bernama ?? Pelumba Berbasikal Trek Lelaki Negara yang diketuai oleh Azizulhasn­i Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis bergambar bersama pingat perak selepas tewas kepada pasukan China dalam acara Pecut Lelaki Berpasukan Akhir pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Jakarta Internatio­nal Velodrome semalam. Pasukan berbasikal negara tewas kepada pasukan China dengan catatan masa 44.598 saat dan pasukan China mencatatka­n masa 44.260 saat.
— Gambar Bernama Pelumba Berbasikal Trek Lelaki Negara yang diketuai oleh Azizulhasn­i Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis bergambar bersama pingat perak selepas tewas kepada pasukan China dalam acara Pecut Lelaki Berpasukan Akhir pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Jakarta Internatio­nal Velodrome semalam. Pasukan berbasikal negara tewas kepada pasukan China dengan catatan masa 44.598 saat dan pasukan China mencatatka­n masa 44.260 saat.
 ?? — Gambar Reuters ?? GOL! Benzema (tengah) dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol pada perlawanan La Liga Sepanyol menentang Girona di Stadium Montilivi, Girona Ahad lepas.
— Gambar Reuters GOL! Benzema (tengah) dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol pada perlawanan La Liga Sepanyol menentang Girona di Stadium Montilivi, Girona Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia