Utusan Borneo (Sarawak)

Ligue 1 Perancis: Bordeaux sentap Monaco 2-1

-

PARIS, Perancis: Bordeaux mengutip mata pertama mereka musim ini apabila menewaskan Monaco 2- 1 di tempat sendiri dalam aksi Ligue 1 Perancis Ahad lepas ketika pemilik kelab menegaskan Thierry Henry mungkin masih boleh tiba sebagai jurulatih.

Rembatan cantik Francois Kamano dalam separuh masa kedua menambah gol dari tendangan penalti pada minit ke-48 untuk Bordeaux di Stadium Matmut Atlantique.

Monaco mengikat kedudukan pada minit ke-63 dari rembatan Pietro Pellegri sebelum gol lewat Kamano memastikan kekalahan pertama Monaco musim ini.

Di Velodrome, gol sendiri Ramy Bensebaini menyelamat­kan Marseille selepas ketinggala­n ketika menentang Rennes dengan perlawanan berkesudah­an dengan seri 2-2.

Nicolas de Tavernost, pemilik kelab Bordeaux sehingga akhir bulan September, berkata “semua pilihan terbuka” ekoran laporan media tempatan Ahad lepas di mana bekas bintang bola sepak Perancis, Henry menolak tawaran untuk menjadi jurulatih.

Kelab ketika ini dalam proses memecat jurulatih semasa, Gus Poyet.

“Tiada keputusan sehingga minggu hadapan. “kata de Taversorst. “Kami bekerja siang malang untuk mendapatka­n jurulatih terbaik yang kami mampu. Ia bukan mudah.”

Pada awal hari yang sama, majalah Paris Match berkata Henry akan menolak tawaran Bordeaux kerana “kekurangan jaminan tentang masa depan kelab”.

De Tavernost, yang sudah memiliki Bordeaux sejak 1999, bersetuju untuk menjual kelab kepada pelabur dari Amerika Syarikat (AS), GACP.

Poyet digantung oleh kelab minggu lepas kerana mengkritik secara terbuka pengurusan kelab kerana isu perpindaha­n pemain. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia