Utusan Borneo (Sarawak)

Axis FC terus beri tekanan dalam pemburuan takhta K-League 2018

-

KUCHING: Dua gol pada awal babak pertama memberi kelebihan kepada Axis FC untuk terus memberi tekanan dalam pemburuan takhta liga K-League 2018.

Skuad kendalian Ideris Untong itu menjinakka­n Rzurf Excellent 2- 0 pada perlawanan berlangsun­g di Stadium Sarawak, Petra Jaya kelmarin.

Gol pertama Axis FC hadir menerusi sepakan percuma disempurna­kan dengan ke- mas oleh Abang Mohd Hilmi Abang Othman pada minit kelapan.

Bekas penyerang skuad Piala Presiden Sarawak, Iqmal Mustaqim Kamrodin menggandak­an jaringan buat Axis FC selepas berjaya melepasi perangkap pertahanan untuk menolak masuk gol kedua pada minit kesembilan.

Bersambung babak kedua, Axis FC dengan kelebihan dua gol terus mengasak gawang lawan dalam usaha menambah koleksi jaringan.

Namun, kekebalan benteng Rzurf Excellent berjaya mematahkan setiap serangan penyerang Axis FC.

Gerakan-gerakan kurang kreatif dan tajam turut menyekat impian Axis FC untuk memperoleh jaringan tambahan.

Keputusan itu kekal hingga tamat masa perlawanan.

Axis FC kini mengutip enam mata hasil daripada dua kemenangan dan akan meneruskan kempen menentang UiTM Sarawak pada 1 September di Padang D, Petra Jaya.

Satu lagi perlawanan pada tarikh sama membabitka­n Rzurf Excellent berdepan Enraz FC di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

 ??  ?? PENGUASAAN: Iqmal mengawal bola dengan kemas sambil cuba dicabar pertahanan Rzurf Excellent.
PENGUASAAN: Iqmal mengawal bola dengan kemas sambil cuba dicabar pertahanan Rzurf Excellent.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia