Utusan Borneo (Sarawak)

Litar lumba perlu diwujudkan sokong pembanguna­n sukan permotoran

-

KUCHING: Kemudahan litar lumba perlu diwujudkan bagi menyokong pembanguna­n sukan permotoran yang semakin digemari terutama dalam kalangan golongan belia di negeri ini.

Wakil Kelab Sukan Permotoran Pusak Itam Kuching Fadillah Sulaiman berkata, litar lumba ini bukan sahaja untuk kegunaan para pelumba.

Tetapi apa yang lebih penting, kewujudan litar lumba secara tidak langsung dapat membendung aktiviti lumba haram atau merempit dalam kalangan remaja.

“Kita berharap pihak yang bertanggun­gjawab akan membantu dalam hal ini dan menyediaka­n kemudahan litar untuk pelumbapel­umba mini pocketbike, gokart dan cubprix.

“Harapan kami, bandar raya Kuching terutama kawasan Petra Jaya ini akan bebas daripada aktiviti merempit pada tahun 2020,” katanya pada perlumbaan antara Kelab Sukan Permo- toran Pusak Itam Kuching dan Kelab Pocketbike Kawasan Kuching di ICOM Square, Ahad lepas.

Bagi tujuan itu, pihak kelab menurut Fadillah akan mengatur perjumpaan dengan kementeria­n berkenaan bagi membincang­kan mengenai perkara ini dengan lebih lanjut.

Cadangan tersebut turut mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii yang hadir bagi acara pelepasan peserta.

Dr Yii turut menyatakan komitmen untuk membantu mendapatka­n kawasan yang sesuai bagi tujuan litar lumba.

Dalam pada itu seramai 20 peserta menyertai perlumbaan sehari tersebut yang menarik penyertaan pelumba cilik seawal umur tujuh tahun hingga 17 tahun.

Manakala acara gokart terbuka disertai oleh individu- individu yang mempunyai gokart di sekitar bandar raya ini.

 ??  ?? SOKONGAN: bermula. Dr Yii (berdiri, lapan kiri) bergambar dengan peserta pocketbike dan kelab gokart di ICOM Square sebelum acara
SOKONGAN: bermula. Dr Yii (berdiri, lapan kiri) bergambar dengan peserta pocketbike dan kelab gokart di ICOM Square sebelum acara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia