Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk komited lindungi hutan Ulu Menyang

-

ULU Menyang di Batang Ai bakal menjadi pusat untuk menyaksika­n dan tempat pemulihara­an orang utan di Sarawak.

Komited mencapai sasaran berkenaan, Tuai Rumah Manggat Meringai menyasarka­n pemulihara­an, iaitu melindungi kawasan hutan asal di Ulu Menyang akan dipantau dengan teliti.

Ketika ditemui semasa Program Lawatan Balas Kalimantan Barat ke Sarawak bermula pada 20 hingga 26 Ogos, semua penduduk iaitu 17 pintu (isi rumah) akan memberi kerjasama kepada WWF Malaysia serta Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dalam perkara berkenaan.

“Kami akan berkongsi untuk mencari hasil atau makanan di hutan ini dan orang utan di sini akan terus terjaga.

“Dengan itu kami bekerjasam­a dengan WWF, jabatan hutan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain. Sekiranya ada aktiviti mencuri balak dibiarkan sahaja, orang utan tidak akan tinggal di hutan berkenaan,” katanya.

Berhubung itu kata beliau, mereka (penduduk rumah panjang) menerima cadangan JHS untuk memulakan inisiatif projek menanam pokok gaharu.

Sebanyak 11,000 pokok gaharu telah ditanam pada tahun 2017 di kawasan seluas 43,000 hektar di Ulu Menyang, di mana pada 2015 mereka juga berjaya menanam 5,000 pokok gaharu menerusi kerjasama dengan JHS.

Gaharu yang ditanam itu bukan untuk mendapatka­n kayu tetapi daunnya yang boleh diproses menjadi teh.

Menurut rekod daripada JHS terdapat lebih kurang 100 ekor orang utan yang tinggal di hutan Ulu Menyang.

“Selain daripada mewujudkan hutan baharu yang lebih luas, projek ini juga akan meningkatk­an lagi pendapatan kepada kami di sini.

“Pada penghujung tahun ini, kami akan mendapat hasil daunnya iaitu daripada pokok yang ditanam pada 2015,” katanya.

Manggat berkata, penduduk juga akan mendapat manfaat dari segi ekopelanco­ngan.

Malahan pelawat yang datang dari luar akan tinggal bermalam di rumah panjang terbabit kerana percaya dengan usaha menjaga orang utan dengan baik, ujarnya.

 ??  ?? HARIMAU
HARIMAU
 ??  ?? MANGGAT
MANGGAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia