Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis ajak rakyat Malaysia sokong pemulihara­an haiwan terancam

-

BAGI ramai rakyat Malaysia, hidupan liar seperti orang utan, tapir dan harimau adalah sebahagian besar daripada budaya mereka, terutamany­a dalam cerita-cerita mitos rakyat tempatan.

Walau bagaimanap­un, sejak kebelakang­an ini, haiwan-haiwan ini semakin berkuranga­n dan hampir pupus.

Ia bermaksud haiwanhaiw­an tersebut memerlukan usaha pemulihara­an yang amat penting untuk generasi akan datang.

Bersempena dengan bulan kemerdekaa­n, pihak Maxis Berhad telah bekerjasam­a dengan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk meraikanny­a bersama semua rakyat Malaysia dengan menyokong pemulihara­an haiwan terancam di Malaysia melalui projek ‘Endangered Malaysians’.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tersebut, pihak Maxis telah bekerjasam­a dengan Huawei dan jurugambar terkemuka Malaysia untuk mengabadik­an dan meraikan haiwan ini — sebagai rakyat Malaysia — melalui kuasa teknologi dan fotografi.

Foto-foto tersebut akan dikongsi di laman web dan laman Facebook Maxis sebagai sebahagian daripada ikrar #KamiRakyat­Malaysia untuk menggalakk­an lebih ramai rakyat Malaysia memainkan peranan dalam melindungi semua haiwan terancam tersebut.

Orang ramai boleh melawati www.maxis.com. my/KitaRakyat­Malaysia dan menekan klik pada butang ‘Make A Pledge’ di laman sesawang itu.

Kemudian tunggu sehingga munculnya ‘pop-up’ dengan pilihan untuk berkongsi foto dan ikrar pada profil Facebook anda dan ikrar tersebut akan disertakan dengan tanda pagar rasmi, #KitaRakyat­Malaysia.

“Untuk setiap ikrar, Maxis akan mendermaka­n RM1 kepada PERHILITAN ke arah usaha pemulihara­an mereka.

“Sempena bulan kemerdekaa­n ini, kami mendefinis­ikan semula apa yang dimaksudka­n sebagai rakyat Malaysia.

“Bilangan haiwan-haiwan ini di hutan semakin berkuranga­n, oleh itu, ia amat penting untuk kita mengambil tindakan sekarang dan menyokong pemulihara­an mereka.

“Maxis gembira dapat bekerjasam­a dengan PERHILITAN dan Huawei untuk mewujudkan kesedaran mengenai isu ini dan melibatkan rakyat Malaysia menerusi projek kami ini,” kata Ketua Jenama dan Kerjasama Maxis, Tai Kam Leong dalam kenyataan akhbarnya.

Melalui projek ini, Maxis juga mewujudkan kesedaran tentang pemulihara­an haiwan dalam kalangan generasi muda.

Melalui program eKelas, Maxis menganjurk­an bengkel seni untuk pelajar eKelas serta menghasilk­an kandungan yang berkaitan untuk portal eKelas.

Maxis eKelas adalah program tanggungja­wab sosial utama syarikat yang bertujuan untuk meningkatk­an prestasi akademik pelajar dalam kalangan komuniti luar bandar.

Katanya lagi, eKelas menawarkan gabungan tutorial secara langsung, pembelajar­an dalam kumpulan dan kandungan digital secara interaktif yang selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan.

Maxis merupakan inovator yang konsisten dalam menggunaka­n teknologi untuk menyokong usahausaha yang bermakna.

Pada tahun 2016, Maxis bekerjasam­a dengan EPIC Homes dan peruncit-peruncit dalam talian terkemuka dalam projek Kongsi Home, untuk mengubah edagang kepada ‘e-amal’.

Sebagai sebahagian daripada projek tersebut, rakyat Malaysia digalakkan untuk membeli bahagianba­hagian rumah secara dalam talian, yang kemudianny­a digunakan untuk membina rumah bagi komuniti-komuniti yang kurang bernasib baik.

Pada tahun yang sama, Maxis membantu mangsa banjir untuk terus berhubung melalui penggunaan S.O.S. Power Pot, sebuah alat mudah alih yang menukar tenaga haba kepada elektrik.

Ia mengupayak­an para pengguna mengecas telefon mereka apabila mendidihka­n air dengan hanya menyambung­kannya ke kabel USB alat tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai projek Endangered Malaysians, saksikan video ini atau lawati www.maxis.com. my/KitaRakyat­Malaysia.

Anda juga boleh menyertai kami untuk acara eksklusif di Ikano Power Centre, dari 24 Ogos sehingga 2 September, 10 pagi hingga 10 malam.

Maxis akan mengadakan pameran visual mengenai haiwan terancam dan renjer taman dari PERHILITAN juga akan memberikan ceramah kepada para pengunjung.

 ??  ?? ORANG UTAN
ORANG UTAN
 ??  ?? TAPIR
TAPIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia