Utusan Borneo (Sarawak)

Sebagai Lydia dalam

-

AKTRES ‘Love, Simon’, Cassady McClincy telah diambil untuk melakonkan watak Lydia yang akan kerap muncul dalam ‘The Walking Dead’ Musim 9.

McClincy akan menyertai Samantha Morton yang telah diumumkan sebelum ini, yang akan berlakon sebagai ibunya Alpha, pemimpin The Whisperers. Dalam buku komik, Lydia juga menjadi gadis yang dicintai oleh Carl Grimes.

Whisperers ialah sekumpulan yang terselamat yang bertemu dengan Rick dan sekutunya dalam komik selepas jalan cerita ‘All Out War’. Lydia akhirnya berpaling tadah dari kumpulan ibunya dan menjalinka­n hubungan dengan Carl, yang telah mati dalam siri TV pada musim lepas.

Musim ke-9 akan menyaksika­n beberapa watak baru menyertai barisan pelakon asal selepas pelakon lelaki utama Andrew Lincoln merancang untuk keluar, termasuk pelakon ‘The 100’ Nadia Hilker sebagai Magna, pemimpin satu lagi kumpulan baru, dan Lauren Ridloff — aktres pekak pertama siri — sebagai Connie yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Magna. Karakter buku komik Yumiko akan dimainkan oleh pelakon ‘Wonder Woman’ Eleanor Matsuura.

Lebih banyak muka baru akan menyertai drama zombi yang berlarutan itu termasuk: Angel Theory akan bermain sebagai Kelly kakak kepada Connie, Zach McGowen sebagai Justin iaitu “seorang ahli Savior yang bermusuhan dan tidak berminat untuk bekerja bersama dengan komuniti yang lain,” Rhys Coiro sebagai Jed “seorang Savior yang degil dan enggan menurut arahan,” Brett Butler sebagai Tammy Rose pemastauti­n di Hilltop, dan John Finn sebagai Earl, “tukang besi di Hilltop dan suami Tammy Rose yang setia.”

Pelakon ‘Fantastic Beasts’ Dan Fogler akan berlakon sebagai Luke, seorang yang terselamat yang sudah keletihan dan sedar bahawa jumlah yang ramai adalah lebih baik daripada berseorang­an.

Selain sebagai Jackie dalam ‘Love, Simon’, McClincy juga muncul baru-baru ini dalam siri Hulu ‘Castle Rock’.

‘The Walking Dead’ Musim 9 akan ditayangka­n buat pertama kali di AMC pada 7 Oktober ini.

 ??  ?? CASSADY MCCLINCY
CASSADY MCCLINCY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia