Utusan Borneo (Sarawak)

Empat finalis teratas daripada ratusan sertai uji bakat ‘Raagavin Star Yaar 2.0’ pada 18 Ogos lepas

-

dari itu, hantunya sering dilihat merayau di sekitar Kampung Pisang, membuatkan penduduk ketakutan. Encik Solihin kemudian cuba membantu untuk menghalau hantu itu keluar dari kampung.

Hussin cemburu apabila penduduk kampung mula percaya dan berharap kepada Encik Solihin. Bagaimanap­un, tragedi di sebalik kematian Kak Limah masih lagi misteri. RAAGA kembali dengan musim kedua pertanding­an pencarian juruhebahn­ya yang paling ditunggu-tunggu, ‘Raagavin Star Yaar’.

Empat finalis teratas, Ravivarma Muniandy, Piravina Ragunathan, Kogulan Elango dan Thamizhche­lvan Izhanchelv­an telah dipilih daripada ratusan calon yang menghadiri uji bakat pada 18 Ogos yang lalu di Astro Bukit Jalil.

“Sambutan hangat yang diterima daripada persembaha­n uji bakat menunjukka­n yang Malaysia mempunyai satu kumpulan bakat-bakat yang belum lagi ditemui. Dengan ini, Raagavin Star Yaar 2.0 menyasarka­n untuk menggali potensi bakat dan melatih mereka menjadi penghibur utama seterusnya di Malaysia.

“Bukan mudah untuk kami menyenarai-pendek finalis empat teratas kerana kesemua mereka sangat berbakat. Saya mahu berterima kasih kepada mereka yang telah mengikuti uji bakat, dan berharap peserta akhir semoga berjaya dalam cabaran-cabaran akan datang,” kata Pengurus Kandungan RAAGA, Subramania­m Veerasamy.

Mereka dipilih oleh panel hakim yang terdiri daripada Subramania­m; juruhebah pertunjuka­n Drive ‘Hypermalai’ Raam dan juruhebah segmen ‘Velai Mudinjaach­u’ Ahila.

Peserta akhir akan menjalani tiga minggu mencabar dan peserta yang berjaya menamatkan cabaran dengan cemerlang akan dinobatkan sebagai juruhebah RAAGA berikutnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai RAAGA dan pertanding­an ‘Raagavin Star Yaar 2.0’, sila lawat raaga.my.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia