Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan perbicaraa­n wartawan Reuters ditangguh

Mahkamah Myanmar tetapkan tarikh baharu pada 3 September kerana hakim prosiding sedang sakit

-

YANGON: Mahkamah Myanmar semalam menangguhk­an keputusan perbicaraa­n dua wartawan Reuters yang didakwa melanggar undang- undang rahsia negara ketika membuat laporan mengenai krisis Rohingya, dengan satu tarikh baharu ditetapkan pada minggu depan.

“Keputusan akan diumumkan pada 3 September,” kata hakim daerah Khin Maung Maung dalam satu perbicaraa­n pantas di sebuah mahkamah di Yangon, sambil menambah bahawa hakim prosiding sedang sakit.

Keputusan itu menangguhk­an keputusan yang sudah lama dinantikan terhadap Wa Lone, 32, dan Kyaw Soe Oo, 28, yang ditahan di dalam penjara Insein di Myanmar selama kira-kira lapan bulan.

Mereka ditangkap pada Disember selepas dijemput bagi majlis makan malam dengan pihak polis di Yangon dan diterkam ketika mereka meninggalk­an restoran, dituduh memiliki bahan rahsia.

Pihak berkuasa mendakwa mereka melanggar satu akta rahsia negara era-kolonial, yang membawa hukuman maksimum selama 14 tahun.

Namun dakwaan telah ditolak oleh seorang saksi polis yang menyatakan pegawai atasan telah mengarahka­n satu persediaan dan melalui bantahan bahawa dokumen rahsia telah disiarkan dalam media negara.

Kes telah menimbulka­n kebimbanga­n bahawa kebebasan media terhakis di bawah ketua awam Aung San Suu Kyi.

Reuters telah menafikan sepenuhnya dakwaan dan wayar berita itu melancarka­n satu kempen sokongan global yang termasuk diplomat, selebriti dan bantuan perundanga­n oleh peguam hak asasi terkenal Amal Clooney.

“Apa sahaja yang kami putuskan untuk kami, kami tidak akan berasa takut,” Wa Lone memberitah­u wartawan ketika dia dibawa balik ke penjara dengan menaiki sebuah van polis.

Kyaw Soe dan Wa Lone telah menyiasat pembunuhan pada September 2017 terha- dap 10 lelaki dan budak lelaki Rohingya di wilayah Rakhine di Myanmar seminggu selepas pihak tentera melancarka­n tindakan segera terhadap beberapa anggota puak minoriti Islam tanpa negara itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Washington telah mengutuk kempen itu sebagai “pembersiha­n etnik”, selepas kira- kira 700,000 orang Rohingya meninggalk­an Rakhine ke Bangladesh, membawa bersama mereka keterangan mengenai kes rogol, pembakaran secara sengaja dan pembunuhan di bahagian utara di negara ini.

Myanmar menolak dakwaan namun telah mengakui pembunuhan itu disiasat oleh Reuters. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KEPUTUSAN DITANGGUH: Wa Lone dan Kyaw Soe turun dari van polis ketika tiba di mahkamah di Yangon, Myanmar semalam.
— Gambar Reuters KEPUTUSAN DITANGGUH: Wa Lone dan Kyaw Soe turun dari van polis ketika tiba di mahkamah di Yangon, Myanmar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia