Utusan Borneo (Sarawak)

Maghribi tumpas kumpulan pengedaran dadah antarabang­sa, tahan empat suspek

-

RABAT: Polis Maghribi mengumumka­n penahanan empat orang kerana dikatakan berasal daripada sebuah kumpulan jenayah yang mengkhusus dalam pengedaran dadah antarabang­sa.

Polis menyatakan dalam satu kenyataan bahawa dua suspek utama, dengan rekod jenayah bagi pengedaran dadah, telah ditangkap bersama rakan subahat berhampira­n bandar utara Tetouan.

Semasa serbuan polis, kira-kira 376 kilogram kanabis dirampas dalam milik mereka, kata polis sambil menambah bahawa mereka turut merampas wang, telefon bimbit dan sebuah kereta milik suspek.

Tertuduh ditahan reman bagi melengkapk­an siasatan di bawah pengawasan pejabat pendakwa raya awam kompeten untuk menentukan percabanga­n rangkaian, jelasnya.

Dalam perkembang­an berasingan, polis kelmarin menahan dua adik-beradik rakyat Belanda berasal dari Maghribi bagi penglibata­n mereka dalam membunuh seorang dan mencederak­an dua lagi dalam kejadian tembakan kafe di Marrakech pada tahun lepas.

Pada November lepas, dua lelaki bersenjata dan memakai hud telah melepaskan tembakan di sebuah kedai kopi sebelum meninggalk­an tempat kejadian dengan menunggang sebuah motosikal, dalam satu operasi yang kemudian telah mendedahka­n hubungan dengan pengedaran dadah antarabang­sa.

Menurut satu kenyataan daripada polis Maghribi, penahanan dua suspek itu dilakukan di dua rumah ber- asingan di sebuah kampung berhampira­n bandar utara Al Hoceima.

Suspek telah disasarkan di bawah waran tangkap antarabang­sa termasuk satu waran geledah Maghribi terhadap mereka bagi penglibata­n mereka dalam kes ini.

Kedua- duanya berada dalam tahanan polis untuk disoal siasat, menurut kenyataan berkenaan, menjelaska­n bahawa prosedur keselamata­n antarabang­sa sedang dilakukan bagi menahan dalang utama jenayah ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia