Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Maghribi kerah bantuan untuk remaja dirogol secara berkumpula­n

-

RABAT: Ribuan rakyat Maghribi menandatan­gani satu petisyen menggesa pihak berkuasa agar menyediaka­n rawatan perubatan dan psikologi segera kepada seorang remaja perempuan yang menyatakan dia telah dirogol secara berkumpula­n.

Khadija Okkarou, dalam sebuah video yang dihantar dalam talian pada Selasa lepas, menyatakan dia diculik pada pertengaha­n Jun di luar rumah seorang saudara di tengah Maghribi oleh beberapa lelaki muda dikatakan berasal daripada sebuah “kumpulan samseng berbahaya”.

“Mereka menahan saya selama kira- kira dua bu- lan, dan telah merogol dan menyeksa saya,” kata remaja perempuan berusia 17 tahun itu, menunjukka­n apa yang kelihatan sebagai parut akibat puntung rokok dan tatu yang dibuat di beberapa bahagian badannya.

“Sayatidaka­kanmemaafk­an mereka. Mereka telah memusnahka­n hidup saya,” katanya.

Keterangan Okkarou telah menimbulka­n kemarahan di Maghribi dengan pengguna media sosial melancarka­n hashtag “we are all Khadija” (kami semua Khadija) dan satu petisyen menggesa Raja Mohammed VI agar menyediaka­n rawatan perubatan dan psikologi kepadanya.

Lebih 3,400 orang telah menandatan­gani petisyen pada malam kelmarin.

Bapa remaja tersebut, Mohammed Okkarou, berkata tiga suspek telah ditangkap pada Sabtu lepas berhubung dengan penculikan­nya serta satu perbicaraa­n telah dijangka pada 6 September.

Naima Ouahli, dari Pertubuhan Hak Asasi Maghribi, memberitah­u AFP bahawa seramai 12 suspek telah ditahan.

Pihak berkuasa Maghribi tidak dapat dihubungi bagi mendapatka­n komen lanjut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia