Utusan Borneo (Sarawak)

Aktivis Rusia mogok lapar masuk hospital kali kedua

-

MOSCOW: Pengkritik Kremlin Sergei Udaltsov yang melakukan mogok lapar selepas dipenjarak­an selama 30 hari kerana membakar potret pemimpin Rusia telah dimasukkan ke hospital sekali lagi kelmarin, menurut isterinya.

Pada awal bulan ini, Udaltsov disabitkan kerana membakar portret tersebut semasa satu bantahan terhadap rancangan yang sangat tidak popular bagi menaikkan usia persaraan di Rusia.

Dia telah dibawa ke hospital disebabkan oleh “keadaan dia yang semakin teruk pada hari ke-13 mogok laparnya,” kata isterinya Anastasia Udaltsova, dipetik oleh agensi berita rasmi TASS.

Aktivis haluan kiri itu sebelum ini dimasukkan ke hospital pada 19 Ogos, lima hari selepas mogok laparnya, ketika dia dibawa ke sebuah hospital Moscow setelah mengalami dehidrat selepas beberapa doktor diarahkan ke pusat tahanannya untuk mengambil sampel darah.

Pada tahun lepas dia menamatkan hukuman penjara selama empat tahun enam bulan kerana menganjurk­an bantahan anti-Kremlin.

Udaltsov dan rakan defendan Leonid Razvozzhay­ev disabitkan pada Julai 2014 kerana membangkit­kan rusuhan beramai-ramai di sekitar Rusia sebelum pelantikan Vladimir Putin sebagai presiden untuk penggal ketiga pada tahun 2012.

Dia telah melakukan mogok lapar beberapa kali sepanjang tahun tersebut dihabiskan dalam satu koloni perundanga­n di wilayah Tambov di tengah Rusiia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia