Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek bunuh budak Belanda pada 1998 ditangkap di Sepanyol

-

THE HAGUE: Seorang suspek dalam pembunuhan kejam pada 1998 terhadap seorang budak lelaki Belanda telah ditangkap di Sepanyol, kata polis kelmarin selepas salah satu siasatan pembunuhan paling luas hingga hari ini di Belanda.

Nicky Verstappen berusia 11 tahun telah hilang pada malam 9 Ogos, 1998, ketika menyertai kem musim panas di hutan simpan semula jadi Brunssumer­heide, berhampira­n dengan sempadan Jerman.

Mayatnya ditemui pada petang berikutnya, berhampira­n dengan kawasan kem.

Dia telah didera secara seksual sebelum dia dibunuh.

“Jos B, 55, seorang suspek dalam kematian Nicky Verstappen telah ditangkap di Sepanyol pada tengah hari kelmarin. Dia berada dalam tahanan dan akan diserahkan kepada Belanda,” menurut satu kenyataan polis dikeluarka­n di Limburg, daerah selatan di mana budak lelaki itu hilang.

Suspek Jos Brech, bekas pekerja tinjauan yang dipercayai seorang pakar survival, dilaporkan hilang pada April dan polis mempercaya­i dia sedang bersembuny­i di wilayah pergununga­n timur Vosges di Perancis, di mana dia memiliki sebuah rumah rehat.

Brech ditangkap “hasil maklumat seorang saksi yang mengenali dia selepas melihat gambarnya dalam media sejak beberapa hari” tambah penyiasat, memuji “kerjasama baik” dengan pihak polis Sepanyol.

“Kami telah menahan dia! Jos Brech ditangkap di Sepanyol berhampira­n Barcelona!” wartawan Peter R. de Vries, jurucakap bagi keluarga budak lelaki itu, menyatakan dalam Twitter.

“Keluarga berasa sangat lega. Keadilan akan dilaksanak­an!”

Polis pada masa pembunuhan telah melakukan satu pencarian menyeluruh yang diikuti sepenuhnya oleh media tempatan dan rakyat Belanda, namun pembunuh budak lelaki berusia 11 tahun itu tidak pernah ditemui.

Ketika masa semakin suntuk untuk menangkap suspek, pada awal tahun ini polis telah merayu kepada lebih 20,000 lelaki agar mendermaka­n sampel DNA dalam usaha untuk mencari pelaku.

Polis berkata teknik digital yang baharu telah membantu mereka untuk membentuk profil DNA pada 2008, daripada kesan yang ditemui pada pakaian Verstappen, namun tiada padanan.

Pada awal tahun ini, kirakira 16,000 lelaki di kawasan di mana Verstappen dibunuh telah secara sukarela menyerahka­n sampel DNA selepas permintaan daripada pihak detektif.

Bagaimanap­un Brech, yang berusia 35 tahun pada masa pembunuhan, bukan di kalangan sukarelawa­n tersebut namun dia sebelum itu pernah disoal siasat sebagai seorang saksi, menyebabka­n polis berasa curiga.

Ketika keluargany­a melaporkan dia telah hilang, polis Belanda dan Perancis telah memeriksa kabinnya di wilayah Vosges.

“Kami menemui kesan DNA pada barangan peribadiny­a. Ia adalah sepadan,” ketua pendakwa raya Jan Eland menyatakan pada minggu lepas ketika polis Belanda mengumumka­n mereka telah mengenal pasti seorang suspek.

Satu waran yang meliputi Eropah bagi penahanan Brech telah dikeluarka­n pada 12 Jun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia