Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Colombia gagal lulus langkah antirasuah lebih tegas

-

BOGOTA: Rakyat Colombia kelmarin gagal meluluskan peraturan untuk hukuman ditambahka­n terhadap pegawai yang korup, satu langkah dihantar kepada pengundi sebagai satu referendum selepas kongres membuktika­n keengganan untuk melaksanak­an langkah antirasuah yang lebih tegas.

Kira-kira 36 juta pengundi telah dipanggil bagi tinjauan di sebalik satu skandal rasuah yang sedang berlaku melibatkan gergasi pembinaan Brazil Odebrecht yang telah membelengg­u negara.

Dengan hampir semua undi dikira pada lewat kelmarin, usul tersebut adalah 470,000 undi kurang daripada 12.1 juta undian yang diperlukan bagi kelulusan, menurut pegawai.

“Sembilan puluh sembilan peratus daripada mereka adalah kami yang mengundi menyokong inisiatif tersebut,” Presiden Ivan Duque menyatakan dalam satu ucapan kepada negara.

“Malangnya jumlah undi tidak mencapai jumlah minimum yang diperlukan bagi kelulusan,” kata beliau.

Duque, yang memegang jawatan sejak 7 Ogos lepas, telah memihak kepada usul berkenaan walaupun ia mempunyai sokongan yang tidak banyak daripada anggotanya dalam parti sayap kanan, Democratic Center, yang memegang majoriti dalam senat.

“Kami kekurangan sedikit sahaja, namun perubahan tidak boleh dihentikan dan terdapat satu perubahan kepada kelas politik biasa,” menurut Senator Parti Green Angelica Lozano, yang turut menyokong usul berkenaan.

Rakyat Colombia “inginkan perubahan asli terhadap tindakan politik dan juga terhadap rasuah,” beliau memberitah­u wartawan.

Usul tersebut termasuk tujuh cadangan, dari mengurangk­an gaji pegawai berpangkat tinggi hingga kepada mewujudkan had penggal bagi mengurangk­an penahanan dalam rumah sebagai satu hukuman.

Dengan kebanyakan menyasarka­n bagi menghapusk­an salah laku oleh pegawai awam, inisiatif itu turut membuat kontrak persendiri­an dengan negara sebagai lebih telus, dan mengharamk­an beberapa syarikat yang disabitkan dengan amalan rasuah dari berurusan dengan sektor awam. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? REFERENDUM: Duque memasukkan kertas undinya ke dalam kotak undi ketika referendum diadakan mengenai pemotongan gaji pegawai berpangkat tinggi dan langkah antirasuah yang lebih tegas di Bogota, Colombia kelmarin.
— Gambar AFP REFERENDUM: Duque memasukkan kertas undinya ke dalam kotak undi ketika referendum diadakan mengenai pemotongan gaji pegawai berpangkat tinggi dan langkah antirasuah yang lebih tegas di Bogota, Colombia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia