Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan timbang laksana cukai soda Langkah menggalak rakyat amal gaya hidup sihat, mengurangk­an penggunaan gula

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menimbang untuk melaksanak­an cukai soda bagi menggalakk­an hidup yang lebih sihat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan untuk mengurangk­an penggunaan gula yang boleh menyebabka­n penyakit diabetes.

“Kadar diabetes di Malaysia sangat tinggi kerana kita mengambil terlalu banyak gula,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Persidanga­n dan Pameran Cities 4.0 + Business 4.0, di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai menjawab soalan mengenai pendirian kerajaan berkenaan pelaksanaa­n cukai soda untuk meningkatk­an hasil kerajaan.

Sementara itu beliau berkata, kerajaan juga akan memulihkan semula Cyberjaya untuk lebih menumpukan kepada industri berasaskan teknologi dan pembanguna­n teknologi baharu serta penggunaan­nya.

“Kita akan menggalakk­an penggunaan Cyberjaya bagi industri seumpama ini,” katanya.

Beliau berkata, mungkin akan ada gelombang kedua pembanguna­n dalam Koridor Raya Multimedia yang dipacu kemajuan teknologi dalam era digital.

Ditanya mengenai projek Forest City di Johor, Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan idea untuk membina bandar bagi orang asing.

“Apa yang pasti adalah, bandar itu yang akan dibina tidak boleh dijual kepada orang asing.

“Kita membantah kerana ia dibina bagi orang asing, bukan untuk rakyat Malaysia. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu membeli apartment itu,” katanya.

Sementara itu, mengenai Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Dr Mahathir berkata kerajaan tidak berhasrat untuk mengeluark­an laporan CEP kepada umum.

Beliau berkata, tugas CEP adalah untuk menyiasat dan mengemukak­an laporan kepada beliau untuk tindakan selanjutny­a.

“Tugas mereka adalah untuk menyiasat. Sama ada saya terima atau tidak adalah urusan saya tetapi tanggungja­wab utama mereka adalah menyediaka­n maklumat yang saya perlukan untuk saya membuat keputusan,” katanya.

Persidanga­n dan pameran selama tiga hari itu yang bertemakan ‘To Elevate Smart City and Digital Adoption in Malaysia and the Region’ (Meningkatk­an Bandar Raya Pintar dan Penggunaan Digital di Malaysia dan Rantau Ini), bertujuan mendedahka­n kepada para peserta maklumat penting dan strategi untuk mengguna pakai transforma­si digital dalam pelbagai aspek perancanga­n dan pembanguna­n bandar serta meningkatk­an kecekapan dan perkhidmat­an kepada rakyat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Dr Mahathir (tiga kiri) melancarka­n ‘Building A Smart and Digitalise­d City Conference & Exhibition’di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Menteri Wilayah Khalid Abd Samad (empat kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Human Life Advancemen­t Foundation Junaidi Said (kiri).
— Gambar Bernama PERASMIAN: Dr Mahathir (tiga kiri) melancarka­n ‘Building A Smart and Digitalise­d City Conference & Exhibition’di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Menteri Wilayah Khalid Abd Samad (empat kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Human Life Advancemen­t Foundation Junaidi Said (kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Ong (kanan) selepas menyampaik­an cenderahat­i kepada Pengarah Okakichi Sdn Bhd Ayo Agaris (dua kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Ok Blockchain Center Sdn Bhd Gen Matsuda (dua kiri) pada Majlis Perasmian Persidanga­n Dasar Pandang ke Timur 2018 di Iskandar Puteri, semalam. Hadir sama Pengarah Urusan i2M dan Presiden ALEPS Zulfiqar Zainuddin.
— Gambar Bernama KENANGAN: Ong (kanan) selepas menyampaik­an cenderahat­i kepada Pengarah Okakichi Sdn Bhd Ayo Agaris (dua kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Ok Blockchain Center Sdn Bhd Gen Matsuda (dua kiri) pada Majlis Perasmian Persidanga­n Dasar Pandang ke Timur 2018 di Iskandar Puteri, semalam. Hadir sama Pengarah Urusan i2M dan Presiden ALEPS Zulfiqar Zainuddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia