Utusan Borneo (Sarawak)

AEM ke-50 akan nilai kemajuan FTA, RCEP

-

KUALA LUMPUR: Kemajuan pelaksanaa­n pelbagai perjanjian perdaganga­n bebas dan program kerjasama ekonomi merupakan antara topik yang akan dibincangk­an di Mesyuarat MenteriMen­teri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-50, kata Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

Mesyuarat lima hari yang diadakan di Singapura bermula hari ini itu juga akan membincang­kan cara-cara untuk mempercepa­tkan kemajuan rundingan bagi memuktamad­kan Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP).

Kementeria­n itu dalam satu kenyataan semalam berkata, mesyuarat tersebut juga akan meliputi bahagian-bahagian berkaitan dengan mengukuhka­n integrasi ekonomi dalam rantau dan pembabitan bersama rakan dialog.

“Ini termasuk memberi keutamaan bagi Singapore ASEAN Chairmansh­ip 2018, pelaksanaa­n langkah-langkah Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN 2025, menangani cabaran bagi langkah-langkah pemudahan perdaganga­n, halangan bukan tarif dan kemajuan penyepadua­n sektor-sektor ekonomi,” kata MITI.

Menteri-menteri ekonomi ASEAN juga akan memeterai Perjanjian Rangka Kerja Protokol Perkhidmat­an ASEAN Ke- 10 dan Protokol Pertama untuk Meminda Perjanjian Perdaganga­n Barangan ASEAN.

Delegasi Malaysia akan diketuai Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Darell Leiking, dan juga akan menjadi sebahagian daripada usaha berterusan MITI untuk mengukuhka­n hubungan perdaganga­n dan pelaburan dengan Singapura.

Antara lainnya, Darell juga akan terlibat dalam beberapa siri perbincang­an dan sesi perangkaia­n dengan pakar ekonomi, pelabur berpotensi, dewan perniagaan tempatan dan asing, diaspora dan syarikat Malaysia.

ASEAN yang memiliki populasi lebih daripada 640 juta orang, kekal sebagai rakan dagang utama Malaysia, menyumbang 27.5 peratus daripada perdaganga­n luar negara pada 2017, dengan perdaganga­n berjumlah RM487.42 bilion dan aliran masuk pelaburan langsung asing sebanyak AS$ 2.17 bilion ( AS$ 1= RM4.10). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia