Utusan Borneo (Sarawak)

MATTA jangka perolehan jualan RM30 juta daripada acara di Pulau Pinang

-

GEORGE TOWN: Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia ( MATTA) menjangkak­an perolehan jualan sebanyak RM30 juta pada MATTA Fair yang akan diadakan pada 28 hingga 30 September ini, di Setia SPICE Arena, di sini.

Bekas Presiden MATTA Datuk Hamzah Rahmat berkata, berikutan kejayaan memberangs­angkan MATTA Fair yang diadakan awal tahun ini, persatuan itu mengambil keputusan menukar lokasi acara berkenaan dari Straits Quay Convention Centre ke Setia SPICE Arena bagi memuatkan lebih banyak gerai pameran.

Katanya, kira-kira 50 ge- rai pameran tambahan akan terbabit berbanding acara sebelum ini dan persatuan menjangka perolehan jualan yang lebih baik pada acara kali ini yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 9 malam, dengan masuk percuma.

Perolehan jualan pada acara sebelum ini menunjukka­n aliran peningkata­n dan kita percaya dengan lebih banyak pempamer, peningkata­n 50 peratus dalam perolehan jualan akan dapat dicapai,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Katanya, perolehan jualan daripada MATTA Fair Pulau Pinang sebelum ini meningkat daripada RM17 juta pada 2017 kepada RM20 juta awal tahun ini.

“Buat masa ini sebanyak 186 gerai pameran sudah ditempah oleh 63 syarikat dan pertubuhan pelanconga­n di ruang pameran yang lebih besar,” katanya

Tambahnya, lebih 30,000 pengunjung dijangka hadir pada acara ini, yang mana cabutan bertuah harian menawarkan pengunjung peluang memenangi tiket ke Bangkok, Hanoi dan Melbourne termasuk penginapan di hotel.

Acara tahun ini membabitka­n 63 peserta, termasuk 37 ejen pengembara­an dan pelanconga­n, dua pejabat pelanconga­n kerajaan negeri tempatan, 13 wakil hotel, pusat percutian dan kategori taman tema, lima bank dan lima perniagaan lain.

Bagaimanap­un menurut Hamzah, Pulau Pinang turut meracang mengadakan antara MATTA Fair terbesar pada 5 hingga 7 April, tahun depan.

Katanya, persatuan itu juga sudah menempah Setia SPICE Arena untuk acara itu yang mana akan memaparkan 350 gerai pameran.

“Kami percaya ini akan menjadi antara acara pelanconga­n terbesar yang mana 250 gerai pameran akan dibuka untuk syarikat pelanconga­n sementara selebihnya dibuka untuk pertubuhan pelanconga­n kebangsaan dan negeri,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia