Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaburan Jepun di wilayah Iskandar dijangka meningkat

-

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan menjangkak­an pelaburan Jepun di wilayah Iskandar Malaysia akan mencatat peningkata­n ketara berikutan peralihan kerajaan baharu pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurut Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Dr Ong Kian Ming, ini berikutan kebanyakan pelabur Jepun yang sebelum ini lebih bersikap ‘tunggu dan lihat,’ khususnya yang menyentuh aspek hala tuju kerajaan baharu.

“Apabila pelabur telah lihat dan fahami hala tuju kita, mereka mula menaruh minat. Saya jangka jumlah pelaburan dari negara luar terutamany­a Jepun akan meningkat kerana kita mempunyai barisan pimpinan baharu dengan idea-idea baharu untuk memajukan negara.

“(Malah) ada beberapa syarikat pemula niaga Jepun yang cenderung memilih wilayah Iskandar sebagai lokasi pilihan mengembang­kan perniagaan apabila syarikat itu mencecah tempoh matang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Polisi Pandang ke Timur anjuran anak syarikat Khazanah Nasional Berhad, i2M Ventures Sdn Bhd ( i2M) dan Alumni Dasar Pandang Ke Timur (ALEPS) di sini, semalam.

Mengulas selanjutny­a Ong berkata, Jepun merupakan rakan strategik Malaysia sejak sekian lama serta rakan dagang keempat terbesar dari segi import dan eksport pada tahun lepas.

“Pada tahun lepas misalnya, jumlah perdaganga­n antara Malaysia dan Jepun meningkat sebanyak 14.7 peratus atau bersamaan RM138.5 bilion.

“Jumlah eksport Malaysia ke Jepun pula bertambah se- banyak 17.5 peratus (RM74.9 bilion) manakala import meningkat 11.6 peratus (RM63.6 bilion),” katanya.

Selain itu, mengulas persidanga­n berkenaan, Ong berkata ini merupakan antara cara untuk menyuntik nafas baharu Dasar Pandang Ke Timur yang telah diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Rancangan Malaysia Keempat (RMK4) pada 1982.

“Kita mahu melihat ideaidea baharu yang boleh dikongsi bersama antara Malaysia dan Jepun kerana dalam tempoh 36 tahun ini, keduadua negara terbukti mencapai pembanguna­n yang pesat.

“Sektor pembuatan masih menjadi tumpuan utama negara kita tetapi pada masa sama kita juga melihat (kepentinga­n) sektor-sektor lain seperti teknologi, selain perkhidmat­an dan industriin­dustri sokongan dan hiliran,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia