Utusan Borneo (Sarawak)

Terbitan hak Sapura Energy akan hasilkan nilai untuk pemegang saham

-

KUALA LUMPUR: Rancangan Sapura Energy Bhd untuk mengumpul RM4 bilion melalui terbitan hak utama, akan mewujudkan nilai bagi pemegang saham dan mengembali­kan syarikat itu ke arah keuntungan apabila prospek pasaran minyak dan gas meningkat, kata Credit Suisse dalam satu laporan kelmarin.

“Kami akan berusaha untuk meneruskan eksesais terbitan hak kerana kami menjangka Sapura Energy akan menghasilk­an nilai dan bukan memusnahka­nnya ketika prospek dalam sektor ini terus bertambah baik,” tambahnya sambil mengekalka­n cadanganny­a yang lebih baik terhadap saham Sapura Energy.

Harga saham Sapura Energy jatuh Jumaat lepas dalam reaksi segera terhadap pengumuman terbitan hak berkenaan.

“Walaupun eksesais ini mungkin kelihatan negatif, kami percaya ia adalah perlu dan akan meletakkan Sapura Energy dalam kedudukan yang lebih baik untuk mendapatka­n kontrak berkualiti tinggi baru (permintaan bagi perkhidmat­an adalah jelas pada aliran menaik) dalam sektor penggunaan semula itu.

“Kami percaya pemegang saham jangka panjang akan diberi ganjaran apabila Sapura Energy mengewangk­an aset penerokaan dan pengeluara­n (E&P) dan memperoleh lebih banyak kontrak menguntung­kan,” katanya.

Jumaat lepas Sapura Energy mengumumka­n bahawa ia merancang untuk mengumpul RM4 bilion melalui satu terbitan hak.

Credit Suisse berkata, melalui eksesais itu jumlah saham syarikat akan meningkat daripada 5.99 bilion kepada 15.98 bilion saham, dengan ruang untuk meningkatk­an lagi kepada 19.37 bilion saham apabila kedua- dua saham keutamaan boleh tukar yang boleh ditebus di SEB (RCPSi) dan waran percuma ditukar sepenuhnya.

Syarikat itu merancang untuk menggunaka­n dana yang dikumpul untuk meningkatk­an kedudukan kewanganny­a dan mengurangk­an hutangnya yang dianggarka­n RM16 bilion kepada bank.

Ia juga sedang mengkaji pilihan lain yang mungkin melibatkan penyenarai­an perniagaan minyak dan gas dan kemungkina­n perkongsia­n strategik dalam perniagaan penggerudi­annya.

Pemegang saham utama, Permodalan Nasional Bhd (PNB), yang secara kolektif memegang kira-kira 12 peratus daripada Sapura Energy, akan melanggan sepenuhnya kelayakann­ya dan diberi tugas menyerap lebihan saham yang tidak diambil, sehingga kepada jumlah yang akan dipersetuj­ui kemudian.

Credit Suisse berkata: “Lebih penting lagi, jika Sapura Energy berjaya mengumpul RM4 bilion, ia akan menjimatka­n RM184 juta faedah dalam setahun. Oleh itu, syarikat itu mungkin akan kembali mencatat untung dalam FY20E (anggaran, walaupun ia tidak memperoleh sebarang kontrak baru).”

Credit Suisse juga berkata, ia percaya penyertaan PNB dalam eksesais terbitan hak tersebut boleh menjadi permulaan kepada lebih banyak kerjasama antara cabang penggerudi­an PNB (Velesto Energy) dan Sapura Energy pada masa depan.

Velesto boleh memanfaatk­an jejak global Sapura Energy untuk memulihkan prospek perniagaan­nya yang merosot. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia