Utusan Borneo (Sarawak)

CIMB sertai inisiatif PBB untuk perjuang perbankan mampan, bertanggun­gjawab

-

KUALA LUMPUR: Sahamsaham Axiata Group Bhd di Bursa Malaysia diniagakan rendah pada sesi awal semalam susulan keputusan kewanganny­a bagi separuh pertama berakhir 30 Jun, 2018 (1H18) yang merosot.

Setakat jam 9.52 pagi semalam, saham kumpulan itu rugi 13 sen kepada RM4.59 dengan 244,700 saham saling berpindah tangan.

Pada Jumaat, prestasi konglomera­t telekomuni­kasi bagi 1H18 mencatat rugi bersih sebanyak RM3.5 bilion, kebanyakan­nya disebabkan oleh kerugian pelaburan di India yang berjumlah RM3.4 bilion.

Ini berikutan selesainya penggabung­an Idea Cellular (Idea) dengan Vodafone India yang menyaksika­n kepentinga­n Axiata dalam syarikat sebelumnya susut kepada kurang 10 peratus.

Dalam tempoh sama, perolehann­ya turut susut 2.7 peratus kepada RM11.6b.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd menerusi satu nota penyelidik­annya berkata harga sasarannya terhadap Axiata kekal tidak berubah pada RM5.00 dan mengekalka­n saranan ‘neu- tral’ terhadap Kumpulan itu.

Kenanga Research sebaliknya bertindak menurunkan saranan terhadap Axiata kepada ‘market perform’ berbanding ‘ outperform’ sebelum ini dengan harga sasaran lebih rendah kepada RM4.80 berbanding RM4.95, sebelum ini.

Sementara itu, Maybank IB Research telah menyemak semula unjuran pendapatan terasnya terhadap tahun kewangan 2018/2019/2020 Axiata iaitu masing-masing sebanyak +11 peratus/-14 peratus/-15 peratus. — Bernama KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd akan memperjuan­gkan perbankan yang mampan dan bertanggun­gjawab dengan menjadi kumpulan perbankan pertama di Malaysia dan ASEAN untuk menyertai Prinsip Inisiatif Kewangan Program Persekitar­an Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) untuk Perbankan Bertanggun­gjawab (UNEP-FI) .

Ia juga akan menjadi ahli pengasas inisiatif yang mampan tersebut bersama dengan 26 bank terkemuka dari lima benua dan 19 negara.

Dalam satu kenyataan kelmarin, CIMB mengumumka­n keahlian rasminya dalam UNEP-FI yang akan membantu mentakrifk­an semula peranan dan tanggungja­wab industri perbankan global dalam membentuk masa depan yang lebih mampan.

“Sebagai sebuah bank sejagat yang terkemuka di ASEAN, kami selalu menganggap peranan kami sebagai melampaui usaha menyediaka­n produk dan perkhidmat­an kewangan yang hebat.

“Kami dengan sukacitany­a memainkan peranan yang lebih aktif dan bermakna dalam membentuk masa depan yang mapan di planet kita dengan memperjuan­gkan perbankan yang bertanggun­gjawab di seluruh dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tengku Datuk Sri Zafrul Aziz.

Beliau berkata, kumpulan itu komited sepenuhnya untuk mencapai matlamat UNEP-FI untuk membantu mengubah amalan perbankan global bagi memastikan terciptany­a impak positif bukan sahaja secara ekonomi, tetapi juga dari segi sosial dan alam sekitar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia