Utusan Borneo (Sarawak)

MITI akan bincang FTA Malaysia, GCC dengan PM

-

KUALA LUMPUR: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Darell Leiking akan berbincang untuk menghidupk­an semula rundingan Perjanjian Perdaganga­n Bebas (FTA) antara Malaysia dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata pemulihan semula perjanjian rangka kerja itu boleh dilaksanak­an selagi ia memberi manfaat kepada semua pihak.

“Kerajaan terbuka kepada sebarang FTA, tetapi ia mesti adil,” kata Darell pada sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Perniagaan Dewan Perniagaan Arab-Malaysia dan Mesyuarat Agung Tahunan Kelapan, di sini, semalam.

Tahun lepas, kementeria­n tersebut ketika di bawah kerajaan sebelum ini memaklumka­n ia berminat untuk menghidupk­an semula perjanjian rangka kerja itu pada 2011, namun terpaksa ditangguhk­an kerana beberapa halangan termasuk ketidakten­tuan politik di negara Timur Tengah.

Dalam perkembang­an lain, Darell berkata perdaganga­n antara Malaysia dan negara GCC seperti Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, meningkat hampir satu peratus tahun ke tahun bagi separuh pertama 2018.

“Pelaburan Arab di Malaysia melonjak sehingga 260 peratus dalam tempoh tiga tahun daripada AS$115 juta (AS$1=RM4.10) pada 2014 kepada AS$ 426 juta pada 2017,” katanya sambil menambah eksport industri halal di Malaysia meningkat kepada RM45 bilion tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia