Utusan Borneo (Sarawak)

Aplikasi Boost e-Wallet, Touch’n’Go dan AliPay disediakan di semua kaunter pembayaran Daesco

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Star Mega Mall menjadi pasar raya pertama di Sibu menyediaka­n perkhidmat­an pembayaran tanpa tunai melalui aplikasi Boost e-Wallet, Touch ‘n Go serta AliPay di semua kaunter pembayaran di Daesco Star Mega Mall.

Menurut Pengurus Kawasan Serantau Sarawak Frisca Freddy, para pelanggann­ya kini boleh menikmati sistem pembayaran tanpa tunai.

“Di sini, (Daesco Star Mega Mall), mana-mana pelanggan yang mungkin terlupa untuk membawa wang tunai kini tidak lagi perlu bimbang kerana mereka boleh membuat pembayaran melalui perkhid- matan tanpa tunai iaitu melalui aplikasi Boost e- Wallet di semua kaunter pembayaran Daesco,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran simbolik aplikasi berkenaan di Daesco Star Mega Mall, Sabtu lalu.

Selain aplikasi Boost e-Wallet, terdapat kaedah pembayaran tanpa tunai yang lain iaitu Touch’n’Go dan AliPay.

Pengarah Eksekutif Daesco Star Mega Mall Lau Khian Chung dan Kit Liu dari Kitgrow Trading antara yang hadir.

Frisca menambah, dengan itu beliau berasa bangga mengumumka­n kerjasama Boost dengan Star Mega Mall.

“Jadi, bayangkan anda pergi ke kedai untuk membeli di sini di Star Mega Mall, apa yang perlu anda bawa ialah telefon bimbit, kad pengenalan dan lesen memandu.

“Anda tidak perlu bimbang jika terlupa membawa wang tunai, kerana anda hanya akan membayar melalui pembayaran tanpa tunai e-wallet,” katanya.

Frisca menambah, sekiranya telefon bimbit mereka dirampas oleh peraagut atau pencuri, mereka tidak akan kehilangan wang tunai mereka.

“Ini kerana ia hanya telefon bimbit dan anda tidak akan kehilangan wang tunai anda kerana anda hanya membayar dengan menggunaka­n sistem e-wallet melalui Boost e-Wallet,” katanya.

 ??  ?? TEKNOLOGI BAHARU: (Dari kiri) Kit Liu, Lau dan Frisca dengan bangganya memperkena­lkan pembayaran tanpa tunai di semua kaunter di Daesco Star Mega Mall.
TEKNOLOGI BAHARU: (Dari kiri) Kit Liu, Lau dan Frisca dengan bangganya memperkena­lkan pembayaran tanpa tunai di semua kaunter di Daesco Star Mega Mall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia