Utusan Borneo (Sarawak)

Untung bersih suku kedua BIMB meningkat kepada RM149.91 juta

-

rekaan terkini pada harga serendah RM3,688 berbanding harga asal lebih RM7,000.

Bagi yang mencari almari pakaian pula, ia juga boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga dari RM2,199 dan jika pembelian berserta dengan satu tilam Livorno, maka harga tilam ini akan dikurangka­n kepada setengah harga.

Selain itu, promosi ‘beli satu percuma satu’ turut diadakan bagi pembelian tilam terpilih termasuk set tilam dan katil yang berharga RM999 berbanding harga asal RM2999.

Pada masa sama, anda juga boleh merebut barangan pada harga promosi hebat menerusi ‘happy hour’ yang diadakan setiap hari sehingga 2 September nanti, iaitu bermula jam 2 petang sehingga 9 malam.

Antara perabot yang boleh dapati ialah set meja bilik yang ditawarkan daripada harga asal RM199 kepada RM99, penyangkut baju RM88 (harga asal RM199) dan set meja taman (satu meja dan dua kerusi) RM299 (harga asal RM599).

Promosi perabot Liew Shin Huat ini kini boleh didapati di ekspo perabotnya yang diadakan di pusat beli-belah Boulevard (berhampira­n Daiso) dan di premis yang terletak di Lot 27, Jalan Pisang dan Lot 219 Jalan Ellis di Kuching. KUALA LUMPUR: Untung bersih BIMB Holdings Bhd untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2018, meningkat 10.5 peratus kepada RM149.91 juta daripada RM135.67 juta yang direkodkan pada suku sama tahun lepas.

Perolehan untuk suku berkenaan meningkat kepada RM992.17 juta daripada RM943.19 juta.

Dalam satu kenyataan semalam, kumpulan berkenaan menyebut, untuk setengah tahun kewangan pertama 2018, untung bersih meningkat 12.3 peratus kepada RM322.0 juta yang memberikan keuntungan sesaham 19.10 sen berbanding 17.60 sen bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Bagi peringkat kumpulan Bank Islam, kenyataan itu menyebut, untung sebelum zakat dan cukai (PBZT) untuk setengah tahun kewangan pertama 2018, meningkat sembilan peratus kepada RM400.7 juta berbanding tempoh sama 2017.

Pertumbuha­n keuntungan berkenaan adalah disebabkan oleh pendapatan yang tinggi kesan daripada peningkata­n dalam kadar asas dan kadar asas pembiayaan, sebanyak 25 mata asas berkuatkua­sa Februari 2018, dan pertumbuha­n dalam pertumbuha­n pembiayaan bersih sebanyak 6.7 peratus atau RM2.7 bilion kepada RM43.2 bilion pada 30 Jun 2018, kata kumpulan berkenaan.

Pada penghujung Jun 2018, ia menyebut, Akaun Deposit dan Pelaburan Pelanggan adalah RM49.8 bilion, sementara nisbah Akaun Semasa Akaun Simpanan meningkat kepada 32.8 peratus berbanding 31.6 peratus pada penghujung Jun 2017.

“Dengan pengurusan kredit dan proses tadbir urus yang berterusan kukuh, aset kualiti bank berkenaan kekal kukuh dan ia dicerminka­n melalui nisbah pembiayaan kasar yang rendah sebanyak 0.97 peratus, susut berbanding 1.6 peratus yang dicatatkan oleh sistem perbankan pada penghujung Mei 2018.

“Kedudukan modal bank juga kekal baik untuk menyokong pertumbuha­n perniagaan yang berterusan dengan jumlah nisbah modal sebanyak 16.9 peratus pada Jun 2018,” tambah kumpulan berkenaan.

Bank Islam akan terus memainkan peranan sebagai perantara berasaskan nilai untuk memberikan prestasi mampan, sambil menyokong pembanguna­n ekonomi dan sosial, kata kumpulan berkenaan.

Sementara itu, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd merekodkan keuntungan sebanyak RM146.4 juta untuk setengah tahun kewangan pertama, meningkat 11.2 peratus berbanding RM131.6 juta pada tempoh sama 2017, kesan daripada peningkata­n pendapatan yuran wakalah daripada pertumbuha­n perniagaan dalam perniagaan Takaful Keluarga dan Am.

Perolehan operasi meningkat kepada RM1.29 bilion daripada RM1.15 bilion bagi tempoh sama 2017, yang disumbangk­an oleh jualan yang tinggi dijana oleh kedua-dua bahagian.

Kumpulan berkenaan berkata, untuk masa hadapan, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga akan kekal fokus dalam mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai peneraju pasaran perniagaan Takaful Keluarga sambil meningkatk­an penguasaan pasaran dalam perniagaan Takaful Am bagi mewujudkan kedudukan yang kukuh dalam industri

Ia akan terus meninggika­n keupayaan digitalnya untuk meningkatk­an akses produk dan perkhidmat­an dengan menggiatka­n inisiatif pemasaran dalam talian, selain turut memulakan inisiatif digital pelbagai untuk membangunk­an lagi proposisi nilai asas pelanggan bagi kekal berdaya saing dalam industri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia