Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA mahu lebih banyak produk usahawan tempatan tembusi pasaran Singapura

-

SINGAPURA: “Jika produk anda mampu menembusi pasaran Singapura atau Australia bermakna produk anda boleh menembusi pasaran dunia.”

Itulah kesimpulan yang dapat dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif FAMA Corporatio­n Zainal Abidin Yang Razalli yang dahulunya bertugas sebagai Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Negeri Johor.

“Ini kerana kedua-dua negara ini mempunyai standard yang amat tinggi untuk menerima produk luar masuk ke pasaran mereka,” katanya kepada Bernama di luar acara Malaysia Fest 2018, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau berharap agar usahawan Malaysia dapat menghasilk­an lebih banyak produk untuk dipasarkan di sini.

Berdasarka­n data eksport 2017 yang disediakan oleh Perbadanan Pembanguna­n Luar Negara (MATRADE), beliau berkata, Singapura sendiri merupakan pasaran eksport tertinggi Malaysia mengatasi China dan Amerika Syarikat.

Malah Zainal Abidin ber- kata, jumlah eksport ke Singapura meningkat saban tahun dan pada tahun lepas menyaksika­n peningkata­n 20.8 peratus kepada RM136.358 bilion daripada tahun sebelumnya.

Menurutnya, data itu juga menunjukka­n produk diproses dan buah- buahan turut mencatatka­n peningkata­n.

Produk diproses mencatatka­n peningkata­n kepada RM2.610 bilion pada 2017 daripada RM2.277 bilion pada 2016 dan buah buahan sebanyak RM1.568 bilion daripada RM1.340 bilion.

“Terdapat potensi begitu baik untuk kita terus teroka dan tingkatkan penguasaan pasaran ini melalui program yang telah dan akan dilaksanak­an di sini,” katanya.

Menurutnya, FAMA sentiasa agresif mempromosi­kan produk usahawan tempatan di Singapura dengan menganjurk­an expo seperti Malaysia Fest secara kerjasama dengan rakan strategik di republik ini sejak 15 tahun lalu.

Bukan sahaja melalui penganjura­n expo, FAMA juga berjaya menempatka­n produk negara di pasar raya di sini, seperti di Malaysia Halal Centre di Big Box, Jurong, Pasar Raya Mustaffa Centre, Pasar Raya Cold Storage dan U-Star Hypermarke­t.

Usaha kovensiona­l itu tidak terhenti setakat itu sahaja, malahan kini FAMA bekerjasam­a dengan Aladdinstr­eet. com.sg untuk menjual produk usahawan Malaysia secara dalam talian.

“Lebih 150 produk tempatan akan dijual melalui dalam talian bagi memudahkan rakyat negara ini mendap- atkan pelbagai barangan kita,” katanya.

Sementara itu, Malaysia Fest 2018 yang berlangsun­g selama empat hari bermula 9 Ogos di Expo Changi, telah menarik lebih 100,000 pengunjung sekali gus mencapai objektif penganjura­nnya.

Di bawah Pavilion FAMA, terdapat 28 usahawan Malaysia termasuk dari Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor, Melaka, Kedah, Pahang, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur.

Malaysia Fest dengan sokon- gan FAMA, telah memasuki tahun ketiganya dan dihoskan oleh rakan strategikn­ya, MegaXpress Internatio­nal Pte Ltd.

Terdapat lebih banyak gerai jualan pada tahun ini, iaitu sebanyak 250, yang menampilka­n produk terbaik Malaysia merangkumi makanan, fesyen, kecantikan, perjalanan dan budaya.

Zainal Abidin berkata acara pada tahun ini mencatatka­n nilai jualan kira-kira RM7 juta berbanding RM6.4 juta pada tahun lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia