Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Balakong lebih tumpukan soal kebajikan kawasan mereka

-

BALAKONG: Rentak kempen dalam kalangan calon parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undang Negeri (DUN) Balakong masih perlahan sungguhpun semalam telah masuk hari kesembilan berkempen.

Selain laporan polis oleh calon Pakatan Harapan (PH) Wong Siew Ki mengenai tuduhan calon MCA Tan Chee Teong bahawa PH terlibat melakukan vandalisme terhadap bahan kempen MCA, suasana kempen masih lesu.

Ketika politik peringkat nasional sibuk membincang serta bertikam lidah mengenai beberapa isu seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Majlis Penasihat Kerajaan ( CEP) dan lain- lain lagi, penduduk Balakong lebih menumpukan soal kebajikan kawasan mereka.

Urusan seperti biasa bagi penduduk kawasan ini. Sambutan terhadap Pilihan Raya Kecil (PRK) ini masih suam-suam kuku, berbeza ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu di mana keghairaha­n untuk bercakap mengenai politik dan kempen agresif menjadi perkara rutin.

Bahan kempen seperti bendera parti and papan tanda mempromosi­kan calon tidak banyak kelihatan, seperti yang disaksikan Bernama.

Kerusi DUN Balakong menjadi kosong berikutan kematian penyandang­nya Eddie Ng Tien Chee dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lepas. Dalam PRU14 Ng memperoleh­i majoriti besar 35,538 undi dalam pertanding­an tiga penjuru.

PRK ini yang akan diadakan pada 8 Sept menyaksika­n pertanding­an satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan Wong Siew Ki dan Tan Chee Teong dari MCA.

Suruhanjay­a Pilihan Raya ( SPR) telah menetapkan tempoh kempen selama 21 hari bagi PRK ini iaitu satu tempoh yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kedua- dua calon tidak membuang masa untuk memulakan kempen sejurus selepas penamaan calon pada 18 Ogos dengan Pakatatan memulakan dahulu berband- ing parti lawan.

Pada hari permulaan berkempen menyaksika­n Wong dan pasukannya memilih beberapa kawasan dengan purata tiga program sehari dengan pendekatan bersemuka menerusi tinjauan mesra di pasar dan acara berasasaka­n komuniti.

Tan dalam pada itu bergerak rancak dengan sekurangku­rangnya tujuh aktiviti sehari bermula pagi hingga ke malam. Dengan tema kempen “Semak dan Imbang”, Tan berharap para pengundi akan mengundiny­a bagi pembangkan­g yang efektif dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Bagaimanap­un kempen di PRK Balakong sehingga kini pada keseluruha­nnya agak hambar kecuali beberapa ketika di mana kedua-dua calon menyindir antara satu sama lain.

Sebagai contoh Tan yang mempromosi­kan dirinya sebagai anak tempatan Balakong mempersoal latar belakang dan keupayaan Wong berkhidmat kepada rakyat di sini kerana beliau dianggap se- bagai orang luar. Wong yang berusia 32 tahun berasal dari Ipoh dan tinggal di Serdang.

Beliau juga mencabar Wong untuk menunaikan manifesto pilihan raya PH untuk menghapusk­an tol di kawasan Balakong.

Sebagai balasan, Wong menganggap Tan sebagai tidak kreatif dalam membuat cabaran itu kerana perkara berkenaan (tol) adalah keputusan kerajaan pusat.

Beliau juga menimbulka­n keraguan terhadap matlamat Tan untuk ‘semak dan imbang’ dengan menambah MCA sepatutnya memainkan peranan itu ketika mereka masih ada peluang bagi menghalang sebarang perbuatan salah laku dalam pentadbira­n kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Dalam perkembang­an lain kedua-dua pengarah PRK bagi PH Ean Yong Hian Wah dan Datin Paduka Chew Mei Fun bagi MCA bersependa­pat bahawa lebih banyak strategi dan program akan diketengah­kan pada saat akhir kempen PRK itu nanti. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MOHON MAAF: Wong (tengah kanan) bersama Ean (tiga kiri) menunjukka­n lampiran laman sosial milik calon MCA Tan Chee Teong selepas sidang media di pusat gerakan PH dekat Balakong, semalam. Turut sama Pengerusi PRK Balakong Ean Yong Hian Wah (tiga kanan).
— Gambar Bernama MOHON MAAF: Wong (tengah kanan) bersama Ean (tiga kiri) menunjukka­n lampiran laman sosial milik calon MCA Tan Chee Teong selepas sidang media di pusat gerakan PH dekat Balakong, semalam. Turut sama Pengerusi PRK Balakong Ean Yong Hian Wah (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia