Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa pemilihan PKR tentukan sama ada Rafizi boleh bertanding: TPM

-

KUALA LUMPUR: Jawatankua­sa Pemilihan Pusat PKR akan menentukan sama ada bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli boleh bertanding pada pemilihan parti berikutan kes mahkamah yang dihadapiny­a sebelum ini, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah.

“Terpulang kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) ikut cara mana tentukan sama ada PKR dibatal pendaftara­n atau tidak. Ini kerana Rafizi sepatutnya tidak mempunyai apa-apa sabitan, beliau tidak bersalah, jadi apa salahnya beliau bertanding.

“Daripada segi parti tiada masalah untuk Rafizi bertanding...,” kata timbalan perdana menteri itu secara ringkas sewaktu ditemui media di lobi Parlimen semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan akhbar The Sun yang mendakwa PKR berdepan risiko dibatalkan pendaftara­nnya oleh RoS kerana membenarka­n Rafizi bertanding. Ini kerana undang- undang parti tidak membenarka­n mana-mana orang yang didapati bersalah oleh mahkamah bertanding pada pemilihan parti.

Menurut laporan itu, Rafizi juga mendakwa beliau telah diberi kebenaran istimewa oleh RoS untuk bertanding.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman ketika ditemui Bernama berkata, beliau masih menunggu maklumat balas daripada RoS berhubung kedudukan Rafizi sebelum boleh memberikan sebarang kenyataan lanjut.

Seramai 800,000 anggota PKR akan mengundi pada pemilihan parti itu yang dijadualka­n berlangsun­g dari 14 September hingga 13 Oktober depan.

Jawatan Timbalan Presiden PKR bakal menyaksika­n pertembung­an sengit antara penyandang­nya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Rafizi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding bagi kerusi Presiden PKR selepas tempohpenc­alonanditu­tuppada 5 Ogos lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia