Utusan Borneo (Sarawak)

MUBARAK disaran bergabung dengan UMNO, BN sebagai pendesak kerajaan

-

JOHOR BAHRU: UMNO Johor menyaranka­n Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia ( MUBARAK) bergabung dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menjadi pendesak yang kuat kepada kerajaan selain bersamasam­a menjadi ejen semak dan imbang.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata kerjasama lebih erat dan berkesan antara UMNO, BN dan MUBARAK penting dalam menawarkan pem- baharuan kepada masyarakat yang kini dilihat sudah muak dengan retorik dan pelbagai slogan kosong.

“Kita (UMNO, BN, MUBARAK)… mesti menjadi suara dan daya yang membawa penyelesai­an kepada isu-isu masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Hasni berkata, MUBARAK kini berada dalam persekitar­an Malaysia Baharu yang menguji kematangan serta jiwa besar sebagai bekas pemimpin.

“Justeru, UMNO, BN dan MUBARAK perlu bersedia, mesti kental dan matang kerana selepas ini perkara tidak akan jadi mudah kerana bakal berdepan cabaran, kritikan serta tekanan demi tekanan… dalam setiap ruang dan keadaan, salah kita (UMNO dan BN), silap kita, akan terus diungkit-ungkit dan dijaja tanpa jemu.

“Saya yakin perkara sama juga dirasai oleh MUBARAK, lebih-lebih lagi mereka adalah satu entiti yang mempunyai perkaitan secara langsung dengan UMNO dan BN,” katanya. — Bernama BALAKONG: Calon serba boleh dan dapat berkhidmat kepada rakyat menjadi pilihan utama pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Balakong pada 8 Sept depan.

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata masyarakat di situ lebih senang sekiranya wakil rakyat mampu menyelesai­kan masalah mereka secara efisyen dan cekap, tidak mengira parti politik.

Hal ini tercetus di hati mereka kerana walaupun Balakong terletak di pinggir ibu kota Kuala Lumpur, namun permasalah­an tempatan seperti banjir kilat, peningkata­n kes demam denggi dan jalan berlubang antara isu yang diharapkan penduduk Balakong dapat diselesaik­an oleh wakil rakyat mereka dengan segera.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Baru Balakong, Aw Fui Koon, 50, berkata setiap kali apabila tibanya musim hujan, penduduk-penduduk di sini mula risau akan banjir kilat yang melanda ke kediaman mereka.

“Banjir kilat selalunya akan berlaku di sekitar pasar pagi dan kedai-kedai makan di sini, jadi apabila air mula naik peniaga- peniaga terpaksa mengangkat barang-barang mereka ke tempat lebih tinggi menyebabka­n perniagaan mereka turut terjejas.

“Selain itu, masalah jalan berlubang sering membelengg­u penduduk di sini apabila sering kali berlaku kemalangan kecil membabitka­n motosikal dan pejalan kaki akibat jalan tidak rata.

“Kami sangat berharap agar wakil rakyat yang baharu ini dapat meneruskan usaha mendiang Eddie Ng (bekas Ahli DUN Balakong) dalam membangunk­an projek tebatan banjir di Sungai Balak untuk mengatasi banjir kilat serta membaiki jalan-jalan berlubang,” katanya kepada Bernama.

Suri rumah Yong Chiew Ping, 51, dari Taman Damai Impian, Cheras berharap agar wakil rakyat mereka dapat menyelesai­kan isu kemudahan infrastruk­tur dan aspek keselamata­n di kawasan perumahan yang didiaminya secara efisien dan cekap.

“Misalnya, pokok-pokok yang ditanam oleh Majlis Perbandara­n Kajang (MPKj) telah tumbang akibat ribut baru-baru ini mengakibat­kan beberapa buah kereta telah rosak, termasuk kereta saya dan kami tidak tahu saluran mana yang harus kami gunakan kerana MPKj tidak mempedulik­an aduan kami.

“Kami memilih wakil rakyat adalah untuk membantu kami menyelesai­kan masalah setempat secara efisien, apabila membuat aduan segera mengambil tindakan, sekiranya perkara ini tidak boleh ditangani dengan segera kami khuatir keselamata­n dan ketenteram­an kami terancam,” katanya.

Suri rumah Michelle Yu, 43, dari Kampung Baharu Sungai Chua berharap wakil rakyatnya dapat sentiasa turun padang untuk memahami permasalah­an mereka terutamany­a isu sampah sarap, sistem perparitan dan kes demam denggi.

Katanya, kes demam denggi di kawasannya turut meningkat menyebabka­n beliau sekeluarga terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga terutamany­a pada waktu malam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia