Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundi Seri Setia mula kenali bendera dan simbol PH: Halimey

-

PETALING JAYA: Pengundi di Dewan Undangan Negeri ( DUN) Seri Setia dilihat semakin mengenali bendera dan simbol Pakatan Harapan (PH) yang digunakan buat pertama kali dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada 8 September ini.

Calon PH bagi PRK itu Halimey Abu Bakar berkata berdasarka­n pemerhatia­n dan maklum balas para pengundi di DUN berkenaan yang ditemuinya sejak hari pertama berkempen sehingga kelmarin, ramai dalam kalangan mereka juga telah mengenali beliau sebagai calon PH.

“Apabila saya turun berkempen, ramai telah mengenali saya yang bertanding sebagai calon PH, kadangkala saya pula segan kerana ramai meminta untuk swafoto, saya amat berterima kasih kepada pihak media yang banyak membuat liputan ke atas kempen saya dan memperkena­lkan saya kepada pengundi.

“Walaupun sudah dikenali, kita tidak mahu ambil mudah perkara ini dan kami akan terus mempergiat usaha untuk menarik ramai pengundi keluar menunaikan tanggungja­wab mereka pada 8 September ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Buat pertama kalinya dalam PRK DUN Seri Setia dan Balakong yang berlangsun­g serentak, bendera serta simbol PH digunakan sejak gabungan berkenaan yang terdiri daripada PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ditubuhkan.

Keempat- empat parti gabungan itu sebelum ini menggunaka­n logo PKR pada Pilihan Raya Umum Ke14, berikutan menghadapi masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Dalam pada itu, Halimey berkata sekiranya diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri pada hari pengundian nanti, beliau berjanji akan menjadi wakil rakyat bagi semua kaum di kawasan berkenaan dan memegang amanat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ‘anak Melayu anak kita, anak Cina anak kita dan anak India anak kita’.

Menurut beliau, adalah menjadi dasar PH untuk menjaga kebajikan semua kaum dan ia dapat dilihat menerusi barisan kepimpinan kabinet PH yang ditubuhkan.

“Kepelbagai­an kaum dan agama yang ada merupakan aset penting yang menjadi asas kejayaan dan pembanguna­n negara kita, termasuk Selangor dan Seri Setia.

“Buktinya boleh dilihat pada pelaksanaa­n Inisiatif Peduli Rakyat di mana dalam programnya seperti Kasih Ibu Smart Selangor, Skim Mesra usia Emas dan Skim Peduli Sihat tiada kuota melibatkan kaum dikenakan sebagai syarat memohon dan kelulusan akan diberi kepada mereka tanpa mengira kaum,” katanya.

Tambah Halimey, beliau juga akan memberikan sokongan tanpa pilih kasih kepada sambutan keagamaan atau kebudayaan di DUN berkenaan selagi mana ia tidak mendatangk­an mudarat kepada keselamata­n orang ramai.

Bekas anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu berdepan pertanding­an satu lawan satu menentang calon PAS, bekas anggota Exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali pada PRK berkenaan yang diadakan susulan kematian penyandang­nya, Prof Dr Shaharuddi­n Badaruddin pada 2 Ogos lepas akibat kanser usus. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Halimey beramah mesra bersama peniaga ketika berkempen di Pusat Penjaja SS5D Kelana Jaya, dekat Petaling jaya, semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Halimey beramah mesra bersama peniaga ketika berkempen di Pusat Penjaja SS5D Kelana Jaya, dekat Petaling jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia