Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah bekalan air kritikal Cuaca panas dijangka berlarutan sehingga penghujung tahun ini

-

KOTA KINABALU: Sabah akan menghadapi masalah air kritikal ekoran keadaan cuaca panas yang dijangka berlarutan sehingga penghujung tahun ini, kata Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur negeri Datuk Peter Anthony.

Beliau berkata keadaan cuaca panas berpanjang­an itu akan mengakibat­kan keadaan sungai menjadi kering selain tahap bekalan air di semua loji serta empangan di negeri ini juga menyusut dan berkuranga­n.

Sehubungan itu, katanya Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akan bersiap sedia menghadapi keadaan cuaca panas tersebut dengan memastikan bekalan air mencukupi dapat disalurkan kepada semua pengguna menerusi penyediaan perkhidmat­an penghantar­an lori tangki air.

“Berdasarka­n Jabatan Meteorolog­i, keadaan cuaca panas ini dijangka berpanjang­an hingga Disember tahun ini. Lima kawasan akan terkesan besar dengan keadaan cuaca tersebut iaitu Pulau Banggi; Pitas; Beaufort; Kuala Penyu; dan Menumbok.

“Saya menjangkak­an banyak lagi kawasan akan terjejas (keadaan cuaca panas), namun, untuk sementara ini, kami akan memberi fokus dalam menyediaka­n perkhidmat­an tangki air dan keperluan lori di lima kawasan terbabit,” katanya pada sidang media semalam.

Dalam pada itu, Peter berkata, orang ramai diingatkan supaya membuat penjimatan air dan tidak melakukan pembaziran.

Daerah yang mengalami masalah kekurangan bekalan air diminta memaklumka­n perkara itu kepada JANS menerusi talian 088-326888 bagi membolehka­n tindakan segera diambil, katanya. — Bernama

 ??  ?? BUAT KENANGAN: Yusof menerima cenderamat­a pada Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama Warga Pendidik Daerah Pensiangan.
BUAT KENANGAN: Yusof menerima cenderamat­a pada Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama Warga Pendidik Daerah Pensiangan.
 ??  ?? TAHNIAH: Stephen menyampaik­an sijil tamat latihan kepada salah seorang pelatih.
TAHNIAH: Stephen menyampaik­an sijil tamat latihan kepada salah seorang pelatih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia