Utusan Borneo (Sarawak)

Program turun padang dipergiat, bantu pihak atasan buat keputusan yang tepat

-

NABAWAN: Program turun padang akan terus dipergiat bagi mendapatka­n gambaran sebenar keadaan sekolah-sekolah di negeri ini khususnya di kawasan pedalaman, agar tindakan yang berkesan dapat dilaksanak­an untuk menyelesai­kan segera sebarang permasalah­an demi manfaat pelajar dan guru-guru.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob berkata walaupun teknologi masa kini yang canggih dengan hanya mendapatka­n info melalui telefon pintar, ia tidak cukup kerana keadaannya berbeza berbanding melihat sendiri keadaan dan permasalah­an yang dihadapi di peringkat akar umbi.

“Turun padang adalah satu yang wajar dilakukan oleh pemimpin dan penjawat awam kerana ia sekali gus membantu pihak atasan dalam membuat keputusan yang tepat bagi membantu menyelesai­kan permasalah­an yang dihadapi di sekolah-sekolah.

“Selain itu, ia juga dapat membantu memberikan sokongan moral kepada warga pendidik yang bertugas di kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama Warga Pendidik Daerah Pensiangan di sini pada Jumaat.

Yusof yang juga ADUN Sindumin berkata, sokongan seumpama itu penting agar guru-guru dapat memberikan perkhidmat­an terbaik dalam mendidik murid dan pelajar sekolah di kawasan pedalaman.

Beliau melawat ke Pensian- gan bersempena Jelajah Majlis Guru Besar (MGB) Negeri Sabah ke beberapa sekolah selama dua hari bermula Sabtu hingga Ahad.

Antara sekolah yang dilawati ialah SMK Sepulot, SK Salong, SK Logongon, SK Tinaduk dan SK Pekan Pensiangan.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang dan Mohamad Mohamarin serta Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul.

 ??  ?? BERPOTENSI: Darell (tengah) merakam gambar kenangan bersama rombongan ke KKIP pada Sabtu, turut kelihatan Melvin (tiga kanan).
BERPOTENSI: Darell (tengah) merakam gambar kenangan bersama rombongan ke KKIP pada Sabtu, turut kelihatan Melvin (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia