Utusan Borneo (Sarawak)

Gerakan dakwah perlu tersusun, guna kaedah sistematik

-

TAMBUNAN: Sudah tiba masanya pendakwah Islam menggunaka­n kaedah yang sistematik dan teratur bagi menjalanka­n usaha dakwahnya.

Ketua Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Jamawi Jaafar berkata, gerakan dakwah dalam negara ini perlu dilakukan secara berpasukan dan tersusun dalam usaha mewujudkan tenaga pendakwah dan pasukan sukarelawa­n Islam yang benar-benar komited untuk berdakwah dan menyumbang kepada kesejahter­aan umat secara menyeluruh.

“` Manhaj’ atau kurikulum yang kemas kini amat perlu digubal dalam usaha melahirkan bentuk latihan yang teratur, praktikal dan bersesuaia­n,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung USIA Bahagian Tambunan di Sekolah Agama Negeri Tambunan, di sini pada Ahad.

Hadir sama ialah Ketua Usia Bahagian Tambunan Jumain Abd Ghani dan wakil dari Usia Pusat Damit Tajudin.

Menurut Jamawi yang juga ADUN Kemabong, jelas sekali usaha berdakwah kini sudah tidak boleh dilakukan secara sambilan.

Keseriusan pendakwah dalam menjalanka­n kegiatan dakwah sangat perlu kerana tanpanya, tidak banyak aktiviti dakwah boleh dilakukan. Keberkesan­annya pula hanyalah bersifat minimum.

“Dakwah boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk, menuntut ilmu dan berusaha kuat juga adalah bentuk dakwah yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Katanya cabaran umat Islam masa kini begitu hebat terutamany­a dalam kalangan generasi muda dengan pelbagai elemen negatif yang mempengaru­hi gaya serta pemikiran mereka ekoran terdedah kepada kemajuan teknologi maklumat.

“Jika kita, khususnya ibu bapa, gagal menanganin­ya maka akan lahirlah generasi yang jumud pemikiran dan rosak akhlaknya. Justeru, pendidikan agama perlu ditekankan dalam kehidupan mereka seharian bermula dari kecil lagi,” katanya.

Jamawi berkata gerakan dakwah yang bersifat profesiona­l perlu dilaksanak­an oleh USIA yang akan berupaya membawa lambang Islam secara khusus untuk menandingi pertubuhan sukarelawa­n agama lain.

“Ada baiknya juga jika semua badan dakwah Islam di negara ini bergabung tenaga di bawah satu bumbung agar usaha untuk memperting­katkan tahap keprofesio­nalisme pendakwah Islam akan terjamin,” jelasnya.

 ??  ?? KOMITED: Jamawi bersama Jumain serta sebahagian perwakilan yang hadir pada mesyuarat agung USIA Bahagian Tambunan di Sekolah Agama Negeri Tambunan.
KOMITED: Jamawi bersama Jumain serta sebahagian perwakilan yang hadir pada mesyuarat agung USIA Bahagian Tambunan di Sekolah Agama Negeri Tambunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia